Wednesday, December 28, 2011

PeRkaHwiNan SuLong!!


Masa tengah berbincang dengan seorang sahabat kat rumah beliau,tetiba handset comel kecayangan aku berbunyi menandakan mesej masuk. Bukak-bukak je…

“Insya Allah pada hujung bulan ini akan diadakan perkahwinan antara…. dan…. Doakan yang terbaik…dan bla bla bla”

#sebenarnya dah tak ingat sangat dah apa isi dia tapi lebih kurang macam tu la.

Lepas je baca mesej tu memang tak tahu nak cakap apa lah. Perasaan aku time tu bercampur baur. Bahagia,sedih,excited and SHOCK!! Semua rasa jadi satu. Lepas tu konsentrasi nak berbincang hilang.

Dari lubuk hati aku cakap,
“dah besar dah kawan-kawan aku.Nak jadi milik orang dah”

Masa malam tu bukak FB tengok-tengok,topic ni jadi isu yang  rancang diperkatakan oleh sahabat-sahabat dekat group. Ini baru perkahwinan cross batch kalau sesama batch yang kahwin mesti lagi gempak.

#tak sabar nak tengok siapalah yang akan menerajui perkahwinan sesama batch.

Setelah mendengar khabar gembira tersebut, fikiran terus teringat akan kalam Allah.

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

Janji Allah tu pasti. Banyak contoh dah nampak jelas. ^.^

Masa dating kisas hari tu sebelum fly ke Mesir. ½ jam kot kena duduk dengar “kursus kahwin”dengan ustazah. Ustazah cakap budak-budak yang nak pergi Mesir selalu kahwin awal.
“mana ada ustazah.”
Ustazah cakap,”selalu yang diam-diam nilah yang kahwin.Jangan saya dapat kad kamu je nanti syiqin”.teeettt!!!
*sepatunya sahabat aku yang nak kahwin nilah yang patut pergi “kursus kahwin” yang dibuat secara tak rasminya itu.

Buat sahabat aku yang akan mendirikan baitul muslim. tahniah diucapkan. Sedih sebab tak dapat berada dengan semua sahabat-sahabat detik bersejarah ni. Tak dapat aku nak merasa nasi minyak sulung.

Buat sahabat-sahabat aku yang lain, tak yah nak jealous sangat lah ye. Seruan kamu semua belum sampai. Jalankan dulu tanggungjawab yang tak tertanggung as a daughter/son and also as a student.

Bak kata murabbi aku,

“Perkahwinan dalam Islam amat indah.  Ia mengajar kita untuk member dan menerima.”

Bagi sahabat-sahabat yang sedang asyik dalam arus percintaan, jom tukar “in relationship” yang Allah tak suka kepada Allah sayang.

Till then

#aku dah nak exam mid-term dah. Doakan ye.
*post terakhir sebelum exam-16hb Januari 2012

^.^







Saturday, December 10, 2011

GOD OF STUDY vs MALAS


Setelah sekian lama saya tak mengupdate blog ni, alhamdulillah hari ni saya diberi kesempatan untuk mengupdate dalam kesejukan.

sejuk...*otw nak pergi kuliah...

Beberapa hari yang lepas,saya amatlah malas nak buat macam-macam.Malas nak study, rasa malas nak pergi kuliah,malas nak update blog
 # even malas,nak tak nak kena buat jugak sebab dah tanggungjawab :) #
dalam lab anat...sempat lagi sebelum doktor masuk...

Selalu je cakap kat diri ni, "macam ni ke bakal doktor muslim akan datang? Malas bukan sifat orang muslim lah.. muhasabah diri... kau bawa harapan mak abah and family... Jangan malukan mereka... kau belajar kat sini guna duit rakyat... rajinlah wahai diri..."

Lepas tu mengadu = bermanjalah pulak kat kak uda tercayang, cakap ngan dia...

saya: uda rasa malaslah,bagi nasihat sikit kat adik uda yang comel ni...
*yg comel tu tambah sendiri ye...
uda: baguslah malas... iqin kan nak duduk mesir tu lama2...
saya: gulp...~ : x

Perkara tu berlanjutan,then time tengah borak ngan sahabat saya yang bernama ONE..

saya: one, kau ada rasa malas tak? entahlah aku rasa malas gila akhir2 ni. Otteekkee!!!= what should I do?*in korean language
sahabat: kau ingat kau sorang je ke? tulah aku pun rasa macam tuh jugak. Memang kena muhasabah diri balik kita ni. 

Then,sambil2 mengisi masa one ni cakap..."cuba kau tengok cerita ni. Mungkin mood study kau leh naik balik kot. Aku agak insaf jugak lah lepas tengok cerita ni masa kat ARMA=Malaysian Hall dulu ..."

Then aku pun tengoklah... THE GOD OF STUDY


Cerita ni pasal kesusahan budak-budak yang kurang bijak yang bersungguh-sungguh nak berjaya lepas sedar betapa pentingnya ILMU dalam kehidupan. 

Sebagaimana dalam hadis rasulullah SAW
"kalau kita nak dunia kita mestilah berilmu,kalau nak kan akhirat hendaklah berilmu, kalau nak kedua-duanya mestilah dengan ILMU"

setelah bermacam2 method yang saya gunakan untuk mengembalikan rasa malas saya tu,Alhamdulillah dapatlah saya mencari Cik RAJIN yang selama ni di sorokkan oleh Cik MALAS...

Dan petang tadi saya telah selesai menjawab assesment anatomy yang pertama...Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan saya..

InsyaAllah hari Isnin saya akan menghadapi assesment physiology pulak dan Sabtu dengan histology.


MOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA PERBUATAN SAYA INI =)

*to mak and abah,iqin rindu lah.... hope ur pray 4 me..
*to my siblings-rindu nak bergosip...hahaha.... totally miss u all...

then let picture talk...
masakan baru yang saya belajar dengan orang kelantan-credit to wawa and one

chek mek...#tak tau ejaan nya betul ke x#

saya rindu donut mak...

selepas wat formative anatomy kat lab komp
#birthday kami sama#

team futsal saya *wakil kaherah ke zagzig

kami pelajar2 kisas SPM'10 berkumpul bersama YDP PIBG dan isteri
di Mohendiseen,Cairo

saya rindu si kecil ni...BOBOI

till then
#saja je mengubat rindu di sini#
Wasalam




Saturday, October 15, 2011

sebulan di atas debu



Alhamdulillah. Akhirnya ana dapat meng’update’ blog ini yang telah lama kehilangan tuan. And syukur yang tak terhingga juga kerana hari ini genap sebulan ana berada di bumi Mesir. Macam tak percaya je dah sebulan kaki ni berpijak di atas debu Mesir. (15/9-15/10)

Walaupun baru sebulan, banyak benda yang dapat ana perolehi kat sini. Kat sini bukan ada pyramid je ye.


kehebatan Allah memberikan mereka kebolehan membina pyramid-subhana Allah


di bawah terik mentari

Macam yang senior2 cakap, perkataan mesir (*in jawi ) terbentuk dari perkataan: mehnah/musibah,sabar, dan reda.

Mim=mehnah/musibah
Sad=sabar
Ra=reda


Kesahihannya waallahu’allam… tapi berdasarkan pengalaman 1 bulan ni memang terbuktilah perkara2 ni amat perlu sangat diamalkan kat sini




Kadang2 terpikir juga, mak dengan abah ana mesti tak percaya ana berada kat tempat yang macam ni. Sebab keadaan kat sini amatlah sangat berbeza dengan Malaysia. Ramai orang kat KL cakap kat KL adalah kota raya yang sesak,kat sini lagi sesak. Nak kata pemandu kat Malaysia bawa kereta extreme,kat sini lagi extreme. So to all Malaysian,u have to be proud to be Malaysians.



Hidup kat sini tak boleh nak demanding sangat. Sebab kat sini kitalah mak and abah yang menjaga anaknya.

Okaylah kita tukar topic pulak (tentang apa yang best kat sini)

Biasalah manusia kalau ada yang buruk dengan yang baik, mesti yang buruk lagi nampakkan? Itulah manusia. Analah yang berada di kalangannya. ^_^

Nak tahu apa yang best kat sini…
1.    1.   Makanan yang amat sedap. *rindu masakan mak yang lagi sedap.


nilah antara makanan yang menjadi kegilaan kawan2 ana

asian food in egypt-chinese food

nasi mandi namanya



12.       Tanah kat sini pernah dipijak oleh para anbiya and ulama’.
-seriously amat bersyukur dapat menimba ilmu kat bumi Mesir ni.

13.      Tengok orang arab yang teruja kita boleh cakap ammi mesir.

-even tak adalah lancar mana.

14.      Masak sendiri. *even tak adalah sedap mana.

15.      Roti yang pelbagai. *pengemar roti tegar

16.   Bowling *perkara yang selalu ana wat ngan family ujung minggu

bersama ahli beit 

my ahli beit wif akak masulah kami

menunggu giliran ^_^

sme je dengan lane kat Malaysia

ana wif one.

group kami junior ngan senior


77.      Pergi jalan2 dengan group member wif akak2 fasi yang sporting abes
--Alhamdulillah kami dapat group terbaik untuk AHLAN ASU ‘11

my group wif akak2 fasi

di taman al-azhar

serba sikit pemandangan di taman al-azhar




1.      And so on…..

Dengan segala benda yang best and tak best kat atas muka bumi ni, harapnya dapat menjadikan kita seorang manusia yang lebih bersyukur dengan segala yang dikurniakan.

Itu sahaja buat kali ni.
Wallahu’allam (^_^)

















Monday, September 12, 2011

NeW meMbEr

         Alhamdulillah tepat jam 9.05 malam, lahirlah insan baru dalam keluarga aku. Namanya Muhammad Afeef Haiqal. Yang bertambah bersyukur lagi aku dapat melihatnya sebelum berangkat ke bumi kinanah.Aku dah pesan awal-awal kat angah aku suruh dia ajar anak dia panggil aku auntie iqin. kalau tak dorang nak panggil mak andak. tak mau lah. Mana glamour. haaaa....

Dengan kelahiran insan baru ni aku dapat mandikan baby, basuh baju dia n so on. Selagi masa masih ada. Takut-takut nanti balik Malaysia boboi dah tak kenal auntie iqin dia. Oppss,,, lupe nak bagitahu macam-macam gelaran family aku kasi kat haiqal ni. Kalau aku ngan abah panggil haiqal boboi, tapi kalau akak-akak aku yang lain panggil sinchan. Jahatkan?? tapi pipi dia memang montel macam sin chan.

Aku berpeluang jugak beli baju tuk anak sedara sulung aku ni. So boleh la boboi ingat auntie iqin dia.

till then,
Wasalam


Tuesday, September 6, 2011

SpeeChLess.. ThE Only Thing That I caN saId ReceNtLy..

Assalamualaikum and hello everyone..

Memang dah lama tahap tera lah aku tak update blog aku ni. Sampaikan dah di"warning" oleh sahabak kecayangan aku, SITI AMNAH DERAMAN. Bukan tak nak update, tapi kehilangan kata untuk mencoret sesuatu kat blog aku ni. As the title, "SPEECHLES"....

Nak kata speechless, tak delah sangat sebenarnya. Just sejak akhir-akhir ni, otak tak mampu berfikir dengan baik. Yelah tak lama lagi kan aku akan berangkat ke ardu kinanah (Mesir). Macam-macam benda yang ligat berkeliaran kat dalam otak. Pasal family,kawan-kawan yang memang dah lama gilark tak jumpe,hidup baru yang bakal aku tempoh dekat tempat baru and macam-macam lah.

And dekat-dekat nak pergi ni (15hb ni ye tarikh aku akan fly) pulak lah ramai nak wat perlakuan + ayat-ayat touching tahap ingat. Kadang-kadang tuh sebak jugek dibuatnya tapi tahan jelah kan. Nanti orang kata aku cenggeng pulak derr.

Dalam masa 3 bulan (masa preparation) seriously aku amat bahgia ketemu sama teman-teman baru. Banyak benda yang aku belajaq dari dorang. Dengan perangai and ragam yang tak dapat di pasaran lah especially my classmate MEG 04, you're the best. But in the same time, ada jugak yang sedihnye sebab kami (aku,wawa + nadrah) ditempatkan dekat Ain Shams University. Yang lain-lain dekat Cairo University. X kesah pun U mana-mana sebenarnya tapi bilangan kami dekat Ain Shams agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan Cairo. At the same time, Alhamdulillah I know this is the best for me from HIM.

Member-member lain (KISAS+MAAHAD+kawan sekolah rendah) pun ade jugek kasi kata-kata amanat and keramat sebelum nak fly ni. Huwaaa!! kata-kata korang memang superb la sampai boleh menjadikan aku amat sangat sungguh haru and terharu...

My last word,
thanks to all my friends for the support yang tak putus-putus untuk aku. Terima kasih la sebab sudi kawan dengan aku yang tak hapa-hapa and tak berapa nak baik ni. And untuk semua para pendidik yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya, harap halalkan segalanya, tanpa anda semua siapalah saya.

DOAKAN SAYA ...
kalian sentiasa di hati and takkan di lupakan dalam doa...
gonna miss u all~ =(

sekian, salam...

Thursday, June 2, 2011

DuNIA BArUKu...





Alhamdulillah syukur saya still diberi kesempatan tuk update blog yg agak bersawang ni... Sebenarnya x de apa2 pun yg nak diceritakan tapi tetiba terpikir nak share something ngan mereka yg melawat blog ni...pasal hidup saya yg baru..

Sekarang saya dak melangkah ke alam universiti.. pejam celik cam x caya je dah besar =0 he3x tp nak wat camne kne lah terima knyataan kan... and syukur yg x terhingga lg saya dpt kos yg saya nak dari kindergarden lg iaitu perubatan... Alhamdulillah... Insya'Allah saya akan melanjutkan pelajaran ke Mesir lepas raya nanti...

Bebalik ke cerita asal, dunia baru saya skrg ni agak berbezalah dgn zaman sek men .. 'dia' mgajar sya tuk bsikap matang and x terlalu bgantung ngan orang lain...banyak lah bnda baru yg saya dapat even baru lebih kurang 3 minggu kat dunia baru ni...

And kat sini membuatkan saya lebih bfikir harapan family especially mak n abah... Yg agak terharunya adek saya cakap,"nak belajar rajin2 jugak la nnti leh gi oversea mcm iqin". Seyes terharu tahap gigalah bila dengar adek sendiri cakap mcm tu. Saya doakan impian and harapan semua ahli keluarga saya tercapai... AMEEN..

Bnda yg baru lg kat sini dapat blajar subjek2 yg x pernah blajar sblom ni... mcm biochem,anatomi n histologi dan fisiologi... best sgt 100x... yg lg bestnye dapat blajar bahasa arab MESIR... perghhhh!!! mmg lain yg amat dari bahasa arab yg blajr sbl0m ni... mmg xperience yg baru n superb myer0n0kkn...


tapi tipulah klu saya cakap x rndu era sekolah mnengah... yelah time tu boleh suke ria lg even nak spm... skrg nak happy2 mestilah boleh tp kna bijak la nak arrange mase tu sbb klu kat sek kte diprogramkan tp dunia baru ni kite yg perlu mprogramkannya...tapi Alhamdulillah everything going smooth buat mse ni =) and harap bnda ni berkekalan sampai habis belajaq nnti...

and buat kawan2 dari kindergarden sampai sekolah menengah all d best to all of u.. and slamat mghadapi dunia baru ni jugak ye!!! thanks 4 all d support n tulus dari hati cccccaaaaayyyyaaaannngggg korang!!! moga persahabatan kite bkekalan hingga akhir hayat n diredai Allah... =)

And of coz x lupe buat semua cikgu2,ustaz2,ustazah2 yg pernah mgajar saya yg nakal ni... halalkan semua ilmu yg pernah diberikan slama ini... And yg plg utama to my beloved family thanks atas doa n support semua kasi kat iqin... i reallly1000x love u and miss u... dah msk u ni even rndu mcmne un kne igt hidup perlu dteruskan... =)


okaylah sampai di sini saja yg mampu tuan empunya mcoret~

Tuesday, May 10, 2011

my MOod rIghT nOw~

Aku tahu Allah x akan menguji seseorang hamba tu kalau dia tak mampu...
tapi aku mampu ke???
Ya Allah kuat kan lah hamba MU ini

Sesekali DiUji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Monday, May 9, 2011

20 SoaLan teNtang KISAS

Assalamualaikum buat semua yang baca post aku ni~ 
Atas permintaan  Cik menah Deraman aku pun menyahut seruan budak ni  untuk menjawab 20 soalan tentang KISAS ni~

1) give 5 simple words about KISAS
 kisas menarik tertarik the bomb ... dah lima an


2) korang rasa korang meletop kat sekolah
aku bukan bom jadi tak meletop lah... kalau nak kata famous tuh rasanya tak kot sebab aku tak suka populariti2 ni~ buat semak saje... hidup aman babe.. =)


3) apa perasaan masa hari pendaftaran. siapa orang 1st korang tego..korang redha dgn warna file yang diberi?
perasaan... entah kat otak time tuh nak cari kak imah je... orang first yang aku tegur ialah kak nisah maahad and ain zuhaili.. pasal file tuh aku dengan kak imah memang dah tahu dah yang file melambangkan rumah so kite orang memang dah rancang nak ambil THARIQ JUARA... so nak kata reda ke x tuh no komen... <3

4) ape yang korang bangga kat sekolah?
Bangga??? Of courselah cikgu~ memang solutelah cikgu KISAS .. mereka memang amat sangat betul berdedikasi~ SBT n KLUSTER tuh x bangga sangat sebab nampak macam sekolah elit je padahal biasa2 sahaja~ Lagi satu yang aku bangga KISAS dekat dengan home sweet home aku..

5) tempat paling korang suke kat sekolah 
banyak sangat ni
1-katil aku kat dorm~ tempat melepak semua budak2 dorm aku
2-KSK-tempat untuk melarikan diri dari manusia yang gilark study n of courselah layan nasyid
3-PERKISAS-air cond weyh...
4-BAU- air sejuk nyaman dan selesa...hahaha 

6) what is your nickname in school..
mule2 masuk uh orang panggil syiq sebab segan kot nak guna nickname kat maahad ... then bila paan and fana masuk KISAS nickname lama aku digunakan semula... cecep!!! dah biasa orang panggil nama uh so x kesah la.. adik2 ramai yang panggil kak aiman.... and the only ustazah yang panggil aku iqin ialah my beloved ustazah zaidah =)

7) berape kali korang attend gotong- royong? pernah escape prep?berape kali?kat mana and buat apa??
 gotong-royong pernah miss 2/3 kali cam tuh... tu pun sebab tidur mati kat dorm*bukan saje2 ye...
Kalau prep tuh banyak kali kot~ x leh nak kira ... kat dorm lah ...tido of course... aku tid0 kat dorm je.. kat kelas x suke r... x nikmat =)


8) bila 1st time korag break the rules? how about the last time?
first time masa form 4 kot...last time masa hari last dudud KISAS... orang tengah sedap2 dengar ceramah kat dewan... aku and konco2 yang lain gi makan nasi lemak kangkung~ Alhamdulillah x kantoi~

9) brape kali korang singgah kantin sehari??
Bila lapar je aku turun... malas... tapi kalau hujung minggu setiap kali rehat masa prep~
sebab balik nanti x yah makan dah.. leh tid0... kah99

10) semua orang ade kenangan manis.. so korangnye kenangan pahit?
 kalau aku kenangan pahit...aku rasa gaduh ngan kawan kot~ just sebab misunderstood tuh je... aku ni nampak je cam kasar but i really love my friends... Alhamdulillah gaduhnya tak lama lepas masing2 berterus terang tentang apa yang terjadi sebenarnya~ kita orang still rapat hingga sekarang.. biasalah perempuan hatinya selembut sutera... =)

11) andai korang ditaklifkn sebagai KU or TKU… bayangkan… and cerita ape yang bakal terjadi..
of cozlah huru hara... sebab aku ni bukannya baik sangat macam Nada.. kalau bab nak langgar peraturan boleh dikatakan heroin jugak lah... tapi tak semuanya aku langgar~ apa guna peraturan kalau tak ada sape2 langgar.. hahaha *joking~ tapi andainya aku jadi TKU *jgn risau aku tak layak
aku akan pastikan prep petang dimansuhkan.. and kalau ada prep pun boleh study kat mana2 pun...janji prep dan boleh bawak walkman time prep baru tak ngant0k...

12) ingat lagi masjid sultan sulaiman… ape korang buat kat sane?
solat raya korban...solat tarawikh tyme sultan datang...tempat buka puasa...dengar ceramah and so on...


13) ape yg terjadi kt dwn kuliah?ULUL ALBAB~
ada lecture segala mata pelajaran....kuliah jumaat...main chop2 kerusi...tempat tengok tayangan yang best2....tempat tid0 yang berair-cond...hahaha


14) korang tetibe kena jadi pres badar or hawa? Amcm… layakkh anda? Pe yg bakal berlaku…
Soalan yang mengarut...tak jawab pun orang lain dah tau apa jawapannya~ jangan aku mengucar-kacirkan kisas sudah~ ilMu tak seberapa...


15) brape kli korg outing dlm sebulan…dgn spe.. or solo? Tmpat pling jauh korg prnh g?
not Sure tapi bila dah nak dekat2 exam SPM aku memang tak kuar outing dah... tap pernah keluar sorang2 mesti akan ade member sekali.. CP je kot yang paling jauh...lagi pun Klang ni ape yang paling best selain rumah aku...


16) soalan plg simple…. Pernah fly?
Pernah...tapi sekali dua je kot~ tu pun balik umah sebab tension yang amat sangat sampai air mata asyik2 terburai~ tapi tak tertangkap....hehehe


17) pebenda yg korg harap akn jadi.. tp ianya tak tercapai akal.. n confirm xkn jdnye!
Entahlah tak pernah pikir benda2 pelik...tapi nak jambatan antara blok E and F.... senang sikit nak merayap cari membe... tak lah penat naik turun tangga and menyeberangi court aspuri yang sememangnya besar tuh...


18)kalau diberi peluang balik mse form4/form5 apa yg korang nak buat..??
 Nak jadi baik....tak nak langgar peraturan langsung~ tapi kalu putar masa balik pun macam lah boleh jadi baik..hehehe...
*statement nak jadi baik tuh suka suki je bukan betul pun


19)kalau korang tak masuk KISAS agak2 kat sekolah lama apa cerita korang ek..??
Mungkin masih akan digelar BIG BOSS... geram kot bila kena gelar macam tuh padahal aku okay je...


20)soalan last:decribe in 2 word tentang diri korang {sebelom:semasa:selepas} jadi warga KISAS..

sebelum: kurang sensitif dan emosional
semasa: lebih matang dan belajar erti hidup yang sebenar
selepas : mudah sesuaikan diri dengan environment baru and still be ME


TO BE A KISASIAN IS HARD AND TOUGH BUT WE HAVE TO BELIEVE THAT WE CAN GO THROUGH ANY CHALLENGES BECAUSE WE HAVE ALLAH...









 AND FRIENDS TO GIVE US SUPPORT WHEN FAMILY NOT IN EYES




 

Tuesday, April 26, 2011

lawaK KuraNg BijaK

1) KERTAS

Dua sahabat sedang bercinta. Bagaimana salah seorang ingin tahu rahsia kertas bila tulis surat.

Shahdan : Mengapa kau tulis surat dengan kertas hijau muda?
Nasir Yusof : Surat warna hijau muda itu bererti " Aku Cinta Padamu"
Shahdan : Kalau kertas itu warna biru muda?
Nasir Yusof :Lambangkan susana pilu.
Shahdan : Kertas merah?
Nasir Yusof : Cinta yang membara.
Shahdan : Putih?
Nasir Yusof : Suci, Bersih dan Jujur.
Shahdan : Kalau kertas kuning?
Nasir Yusof : Melambangkan hati yang gersang.
Shahdan : Merah jambu?
Nasir Yusof : Sedang jatuh cinta.
Shahdan : Kalau kelabu?
Nasir Yusof : Hati sedang sedih dan merintih
Shahdan : Kalau kertas hitam?
Nasir Yusof : Itu nama Kertas Karbon laaa !!!

2. DUIT 20 SEN

Dua rakan sekelas sedang berbual-bual di kantin sekolah.

Hisham : Aku terjumpa duit 20 sen atas lantai kelas kita tadi.
Radzi : Oh... itu duit aku lah yang tercicir 20 sen masa bergegas masuk kelas pagi tadi.
Hisham : Tapi yang aku jumpa tu duit 10 sen, 10 sen dua keping la..
Radzi : Betullah!! Duit tu terbelah dua masa jatuh.


3. WASIAT
Maliah berada di sisi ketika suami sedang nazak. Sebelum meninggal sempat Pauzi berpesan kepada isterinya...

Pauzi : Maliah! Sebelum aku mati nanti, aku ingin berpesan kepadamu.
Isteri : Iya, bang cakaplah.
Pauzi : Aku mau kau kawin dengan Kamaruzaman.
Isteri : (Terkejut) Isk abang nie... kan Kamaruzaman tu musuh ketat abang? Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?
Pauzi : Betul...Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami sejak 30 tahun aku bersamamu.
Isteri : ???? (terus meraung).


4. SILAP DAIL

Mazlan baru sahaja melaporkan diri sebagai pelatih pengurusan di sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja mendapat tempat duduknya, dia terus mendail.

Mazlan : (Menengking) Tolong bancuhkan saya secawan kopi!
Suara : Maaf, awak tersilap dail ni. Awak tahu tak dengan siapa awak bercakap ni?
Mazlan : Tidak!
Suara : Saya Pengarah Urusan syarikat ni, tahu tak?
Mazlan : (Terperanjat : Mungkin aku tersilap dail, fikirnya) Encik tahu dengan siapa Encik bercakap ni?
Suara : Tidak! Awak Siapa?
Mazlan : Kalau tak tahu, bagus! (terus letak gagang telefon)

Tuesday, April 19, 2011

After Ice rain In sOuTh ChinA~

It happened in 2008
While we suffer from the weather disaster from our own doing, but ......
Even thought it was a disaster but SUBHANALLAH
Enjoy the pictures,let the picture talking~

















Don't forget the greatest of HIM~ =)

Tuesday, April 12, 2011

ALhamDuliLLah...SelesaI MinGGu yanG aMat BUzY~

Dengan nama Allah yang Maha Pemuah lagi Penyayang

     Just want to share.Minggu ni adalah minggu yang buzy jiddan dalam hidup saya.*Guna sayalah ye,agar kelihatan lebih sopan.Sekarang setiap hari sabtu dengan ahad saya, kakak saya yang garang and ibu tercinta akan mengahabiskan masa dengan membuat tart*depend ar kadang2 tart telur,kadang2 blueberry cheese tart dll.Best sesangat.Yang bestnya nak tahu ape,dapat makanlah yang pastinya. 2 orang adik saya kat SMKA MAAHAD HAMIDIAH pun seronok gak sebab setiap sabtu and ahad kami akan hantar kat mereka untuk dijual dan dimakan.Kakak saya kat UNIMAP pulak jeles memanjang.Maaf ye kak uda,kalau nak balik lah cepat2.=) Nilah antara hasil2 kerja saya and kakak saya* mak saya banyak jadi mandor je.HEHEHE

yummy!!! sedap tau.

kalau nak rasa datang lah rumah 

blueberry cheese tart

Nilah aktiviti masa lapang saya, masak + makan = lu pikirlah sendiri. Tapi aktiviti ni amat bermanfaat tau sambil2 tuh dapat eratkan hubungan kekeluargaan.Kalau tak percaya cube try. Selain tuh tak yah lah nak pergi kedai kek tuk beli tart2 nih,air tangan sendirikan lebih sedap and puas hati.

    Aktiviti yang seterusnya yang mengakibatkan saya busy ialah test kereta. Fuhh!!! lega sebab saya dah dapat MR.P. All praises to Allah. Sepi2 je nak kandas tau,Alhamdulillah puan JPJ yuh baik hati. 

Puan JPJ: adik buat betul2 ye.Jangan buat salah lagi.Saya tak suka nak kandas2 orang ni.
saya       : okay2. 

Dengan kemurahan hati puan JPJ tuh saya pun mendapat MR.P. 


Tapi belum pegang lagi lah lesennya.Jumaat ni baru nak ambil.Untuk pengetahuan semua pembaca,masa saya memandu tuh memang tak tenteram yang amat sebab memikirkan hari esoknya.INTERVIEW JPA kat intec and result for interview UPNM keluar. Menyeramkan. Apa tak seramnya budak2 gempak berkumpul just for interview.Macam mana lah aku nak fokus time bawak kereta, banyak sangat benda yang tengah saya fikirkan.Apa taknya sahabat2 KISAS saya semuanya macam dah sedia.SAYA??? entahlah.*yang UPNM tuh saja2 je apply, sebenarnya tak nak pun.Wuhaaaaa!!!

    Sehari sebelum interview tuh saya preparelah ape2 yang patut. Sijil2 semua, antara soalan popular yang selalu ditanya.*erti kata lain soalan spot hehehe.biasalah habit dak2 KISAS. Lepas dah prepare semua2 tuh ape lagi, saya pun melabuhkan tirailah.macam biasa saya mana boleh tidur lambat. Sahabat2 KISAS and MAAHAD mungkin arif tentang hal ni.=)

   Namun begitu tidur saya tak nyenyak langsung malam tuh.Asyik2 terjaga saje.Bila dah nak subuh tuh baru rasa boleh tidur.Mengada2 betol mata ni. Saya bergerak ke Shah Alam pukul 7.45 pagi padahal interview start pukul 9.40 pagi.Abah kesayangan saya cakap,"kita sarapan dulu lah kat kedai"
Wokeyh!! kalau bab makan saya memang suka..Yelah siapalah yang tak suke, orang belanja lah katakan. =)

    Lepas sarapan kami pun bergeraklah ke intec.WOW!!!memang ramai jiddan orang.Saya pun mendaftarkan diri di tempat yang disediakan.Yang sedihnya ingatkan dapatlah jumpa budak2 KISAS or MAAHAD. Malangnya tak ade sorang pun yang saya kenal. Never mind. It's not abig problem. Time nilah dapat hidup atas kaki sendiri.*Macam selama ni duduk atas kaki orang lain aje. =P
Lepas dah daftar tuh,saya telah ditempatkan bersama panel 5. Insan2 yang 1 group dengan saya 2 india ( boy+girl) 1 cina (boy) 2 melayu (saya+hertina).Mereka semua sangat friendly and sporting. Saya rapat dengan yang cina tuh sebab dia cam kudus je. So lepas berkenalan semua kami pun dipanggil masuk ke dalam bilik panel 5.Parkinson meningkat. Hertina tuh apply farmasi,saya+2 other India apply medic and the chinese boy apply for dentistry.Sebelum masuk tuh semua wish all the best among each other.Sweet moment koWt~

Sekarang saya nak share pengalaman dalam bilik yang scarYYY tu...=)

gambar hiasan =)
mula2 masuk tuh macam biasalah.ketuk pintu bagi salam and duduk lepas disuruh.Ada 3 orang panel yang akan menginterview kami, all of them are men+malay =)

Senyuman mungkin boleh membantu anda untuk mengurangkan penyakit parkinson yang meyerang.Then semuanya Insya Allah okay~ then lepas encik panel tuh dah kasi intro dia akan suruh sorang2 introduce diri masing2. ikut giliran.Saya gilirn yang ke-3. panel tuh tanya BM but sesuka hati saje seorang membe ni ckp BI. Tapi memang dia susah sikit nak cakap BM ,klu nak cakap pun kena fikir ayat BI dulu. Dasyat yang amat.Lepas tuh bermula lah sesi soal jawab.

Soalan 1:Kenapa kamu semua nak ambil bidang ni? Atas pilihan sendiri or others.*in BM

Rasanya soalan ni memang popular kot.mule2 gagap gak r nak jawab. Tapi teringat kata2 kak uda saya, kalau dah pening or blurr nak jawab ape aci redah je

Soalan2 : Apakah cabaran yang dihadapi oleh doktor kini dengan tahap kesihatan sekarang?*also BM

Pening jugak saya nak cari idea tuk soalan ni.Alhamdulillah pagi tadi baru baca paper pasal telur tiruan so saya pun masukkan sikit2 mengenai isu tersebut. Pandailah putar belit sikit. HAHAHA.. Memang buntu sangat masa tuh. Membe2 lain semua cerita pasal diabetis n obes je. So saya pun try lah bawa kelainan sikit. Pandai2 lah putar belit~

Soalan 3: Sanggupkah awak nak hadapi doc life sbb anak saya seorg doc..Hidupnya as a doc mcm 36  hours per day.
*in BI..smpt agy tuh promote anak =)

Soalan 4 : Why do u choose middle east? *in BI .. soalan ni specific for me...bcoz I was the only one that apply there..semua orang dapat soalan yang berbeza2 masa soalan 4 ni. depend on course yg kita pilih =)

So saya pun tibai lar...soalan ni lah yang paling konfiden nak jawab ...saya cakap sebab bahasa Arab lah..n blablabla...n so on

Soalan 5 : Apakan nilai n amalan yang patut ade pada seseorang doc tuh? * in BM

Saya jawab penyabar,sikap berkorban and x mudah putus asa. Tuh point saje. Dan seterusnya mulalah mengarut~

Soalan last : dulu kat sekolah awak masuk hoki dengan bola keranjang kan? Posisi ape ye.*in BI..soalan ini specific 4 me

then saya pun jawablah seperti  yang ditanya. Dia macam pelik. Betul ke awak main. KOLEJ ISLAM boleh ke main2 macam ni. saya pun jawab OF COURSE. Apa dia ingat muslimat KISAS x boleh main2 benda2 macam itu ke...Tapi dalam hati jelah yang mampu saya balas.

Sekian sahaja sesi interview saya, panel tuh cakap susah nak buat pilihan sebab ramai sangat budak2 yang hebat2 datang.Memang saya akui. 2 orang India tuh memang superb in speaking. Tabik spring lah. Lepas melangkah keluar dari bilik tersebut kami pun ucapkan terima kasih kepada semua pegawai yang bantu kami di luar~ *Ada seorang encik tuh memang baik. Kasi tips untuk redakan gemuruh.Nak tau x ape... Baca SELAWAT bebanyak...=)

Lepas tuh saya pun melangkah balik ke rumah lepas makan tengah hari kat luar,=) dah sampai rumah tuh terus menerpa ke komputer untuk cek UPNM. Dapat ke x?? Lepas2 isi IC je...Ohho~



Dengan dukacitanya anda tidak tersenarai dalam sesi temuduga~

FUhHH~!! Alhamdulillah..
Dukacita ke?? Suka cita adalah..
hari ini adalah hari yang paling release sbb saya dapat selesaikan semuanya..All Praises To Allah =D

SEKIAN saya mengarut =DDD