Monday, September 12, 2011

NeW meMbEr

         Alhamdulillah tepat jam 9.05 malam, lahirlah insan baru dalam keluarga aku. Namanya Muhammad Afeef Haiqal. Yang bertambah bersyukur lagi aku dapat melihatnya sebelum berangkat ke bumi kinanah.Aku dah pesan awal-awal kat angah aku suruh dia ajar anak dia panggil aku auntie iqin. kalau tak dorang nak panggil mak andak. tak mau lah. Mana glamour. haaaa....

Dengan kelahiran insan baru ni aku dapat mandikan baby, basuh baju dia n so on. Selagi masa masih ada. Takut-takut nanti balik Malaysia boboi dah tak kenal auntie iqin dia. Oppss,,, lupe nak bagitahu macam-macam gelaran family aku kasi kat haiqal ni. Kalau aku ngan abah panggil haiqal boboi, tapi kalau akak-akak aku yang lain panggil sinchan. Jahatkan?? tapi pipi dia memang montel macam sin chan.

Aku berpeluang jugak beli baju tuk anak sedara sulung aku ni. So boleh la boboi ingat auntie iqin dia.

till then,
Wasalam


Tuesday, September 6, 2011

SpeeChLess.. ThE Only Thing That I caN saId ReceNtLy..

Assalamualaikum and hello everyone..

Memang dah lama tahap tera lah aku tak update blog aku ni. Sampaikan dah di"warning" oleh sahabak kecayangan aku, SITI AMNAH DERAMAN. Bukan tak nak update, tapi kehilangan kata untuk mencoret sesuatu kat blog aku ni. As the title, "SPEECHLES"....

Nak kata speechless, tak delah sangat sebenarnya. Just sejak akhir-akhir ni, otak tak mampu berfikir dengan baik. Yelah tak lama lagi kan aku akan berangkat ke ardu kinanah (Mesir). Macam-macam benda yang ligat berkeliaran kat dalam otak. Pasal family,kawan-kawan yang memang dah lama gilark tak jumpe,hidup baru yang bakal aku tempoh dekat tempat baru and macam-macam lah.

And dekat-dekat nak pergi ni (15hb ni ye tarikh aku akan fly) pulak lah ramai nak wat perlakuan + ayat-ayat touching tahap ingat. Kadang-kadang tuh sebak jugek dibuatnya tapi tahan jelah kan. Nanti orang kata aku cenggeng pulak derr.

Dalam masa 3 bulan (masa preparation) seriously aku amat bahgia ketemu sama teman-teman baru. Banyak benda yang aku belajaq dari dorang. Dengan perangai and ragam yang tak dapat di pasaran lah especially my classmate MEG 04, you're the best. But in the same time, ada jugak yang sedihnye sebab kami (aku,wawa + nadrah) ditempatkan dekat Ain Shams University. Yang lain-lain dekat Cairo University. X kesah pun U mana-mana sebenarnya tapi bilangan kami dekat Ain Shams agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan Cairo. At the same time, Alhamdulillah I know this is the best for me from HIM.

Member-member lain (KISAS+MAAHAD+kawan sekolah rendah) pun ade jugek kasi kata-kata amanat and keramat sebelum nak fly ni. Huwaaa!! kata-kata korang memang superb la sampai boleh menjadikan aku amat sangat sungguh haru and terharu...

My last word,
thanks to all my friends for the support yang tak putus-putus untuk aku. Terima kasih la sebab sudi kawan dengan aku yang tak hapa-hapa and tak berapa nak baik ni. And untuk semua para pendidik yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya, harap halalkan segalanya, tanpa anda semua siapalah saya.

DOAKAN SAYA ...
kalian sentiasa di hati and takkan di lupakan dalam doa...
gonna miss u all~ =(

sekian, salam...