Tuesday, November 6, 2012

live WELL or live HELL ? we choose

fuh... fuh... uhukk~uhukk~ *batuk
berhabuk bersawang dah blog aku ni . kesian kau dapat tuan yang 'busy' macam aku ni.

Assalamualaikum buat semua yang mengunjung. Alhamdulillah hari ni aku masih hidup dan dapat lagi meng-update blog ni. Tajuk post aku kali mungkin pernah didengar bagi mereka yang sudah membaca novel "Rooftop Rant" karangan Hlovate. *baru habis baca semalam.




Buku ni dah lama sebenarnya diterbitkan tapi baru sekarang berkesempatan untuk membelinya. *aku beli cetakan yang ke-6 punya. Banyak input yang aku dapat dari cerita ni. Seriously.  Mungkin orang ingat, "ala baca novel, jiwang la tu". Sorry to say buku ni bukan mengenai cintan-cintun pun. Tak rugi pun kalau nak baca even lelaki. *kawan lelaki aku baca je novel tak jiwang pun :p

Phase " live WELL or live HELL?" dalam novel ni totally buat aku berfikir. Banyak maksudnya kalau kita gali betul-betul.

Kalau nak tahu cerita di macam mana carilah novel ni ye. *tak rajin mana pun nak menaip sebenarnya.


"hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi, kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada, kadang-kadang... bilamana "malapetaka" tu datang terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo, rasa dah tak mampu bangkit, rasa macam dah tak mampu hela nafas" -HLOVATE-

sekian wasalam :)

Thursday, June 21, 2012

ujian itu tarbiyah :D

alhamdulillah,sudah lebih kurang 3 paper setengah yang telah selesai ditempuhi. tengah2 exam ni lah banyak benda yang kena tempuh. biasalah tu. nak sesuatu kejayaan tu mestilah kena uji ngan sesuatu dulu.

ujian yang paling seksa masa exam ni ialah DEMAM~ T.T

paper yang perlu ditempuh masa ni ialah physiology written. malam sebelum exam tu tak yah ceritalah badan panas tahap gaban. nak buka buku pun tulisan jadi 2 3 baris. ujian-ujian. udah lah banyak benda yang revise balik..so bagi nak dapatkan kesegaran untuk exam besoknya aku mengambil keputusan untuk terus tidur lepas makan ubat. tapi time ni tak yah ceritalah nak nangis yang amat. yelah dulu kalau demam mak yang jaga, bagi makan ubat, masakkan. T.T

mereka yang saya rindu :D

tetiba teringat satu ayat quran yang bermaksud :

"bagaimana kamu kata kamu orang yang beriman sedangkan kamu belum diuji?"

banyak kali suruh muhasabah diri. harap dengan demam ni sebagai kifarah dosa.

esok pagi lepas solat subuh tgk handset ada mesej dari sorang sahabat yang disayang ! ~sarah ahmad~

jika Allah ingin memberi bantuan kepada hambaNya,maka siapa yang dapat menghalang?  rabunna yusahil go go  cecep :)

lepas baca je, rasa terus semangat. mata dah berair2 dah. terima kasih sahabat :)

pagi tu lepas subuh teruslah mengulang sikit2 mana yang mampu even badan belum kuat mana lagi.

masa dalam dewan exam tu, ya Allah, sejuk yang amat. nasib baiklah aku teringat nak  bawa sarung tangan tebal. time exam tulah kepala rasa sakit,rasa nak muntah. time tu rasa nak letak pen je and berhenti jawab. tetiba handset bergetar *mesej masuk. aku pun bukak la. takpe doktor tak perasan :DD

abah mesej:

salam iqin bagaimana keadaan sekarang?demam lagi ke? makan ubat minum air banyak jangan lupa.

lepas baca je mesej tu,terus rasa sayu. then semangat nak jawab tu kembali.

Alhamdulillah selesai jugak exam tu. even tak lah konfiden 100% dengan jawapan yang aku kasi. tapi syukur sebab dapat jawab dengan lancar :)

ujian tu memang tarbiyah. buat kita jadi lagi kuat, sabar, dan macam2 lagi.

dalam quran pun ada sebut,

"Allah tak akan memberi satu ujian kepada hambanya kalau dia tak mampu"

so keep n moving.

p/s- semoga post kali ni dapat memberi ikhtibar buat kita bersama.

doakan saya untuk exam yang 3 paper setengah seterusnya :))

sekian wasalam

Saturday, May 12, 2012

EXAM FEVER ~!~



Assalamualaikum

Dah lama sangat tak update post baru. Almaklumlah  kami pelajar2 dekat mesir dalam fatrah exam. Jadi banyaklah masa kami dihabiskan di hadapan buku-buku medic yang best dan nipis  J *betul sangat lah tu

Post kali ni nak berkongsi sikit pasal exam.*diri ni tak sehebat mana nak berkongsi cerita

Selalunya lah kan nak dekat2 nak exam ni ramai lah yg di antara kita yg mula rajin bangun qiamulail,buat solat sunat hajat,taubat,tasbih,hifzi dan yang sewaktu dengannya. Fenomena ini selalunya hanya berlaku bila exam dah nak dekat. Tak kata pun benda ni salah, tapi cuba kita pikir balik , bila kita nak sesuatu kejayaan baru kita terhegeh2 nak minta kepada DIA yang mampu dalam memberikan kejayaan kepada kita hambaNYA.  Bila habis exam macam mana pula amalan kita? *tepuk dada tanya iman.untuk diri ni yang menaip juga ye J

Manusia memang jenis meminta2 bila memerlukan pertolongan dan melupakan bila pertolongan telah dihulurkan. Nama pun manusia. Jadi dalam fatrah exam ni  sama2lah  kita berusaha untuk membentuk diri kita supaya istiqamah dalam amalan yang kita lakukan. Jadikan masa nak exam ni sebagai wasilah untuk  kita menjadi hamba yang lebih mengingatiNYA J



Cerita lain pula,*kisah benar

“Kau pernah tak, rasa tak puas hati dengan apa yang kau ada sekarang ni. Yelah aku dah tutup aurat, jaga mualamalat, buat baik ngan orang lain, banyak sedekah tapi still markah rendah. Sedangkan ada orang tu, aurat tak amik kisah, couple sana sini, sakitkan hati orang lain tapi result gempak giler. Nak kata usaha, sama2 usaha gigih. Macam mana tu? Bukankah Allah menjanjikan kejayaan bagi orang beramal soleh? ”

Nau’zubillahi min zalik.  Tu kerja syaitan membisikkan benda2 jahat kat hati kita.
Seorang sahabat aku pernah cakap,
“Kejayaan bukan hanya satu nikmat, ia juga satu ujian”

Bagi orang berpikir seperti situasi di atas, muhasabah diri balik. Mungkin pada saat itu Allah belum lagi memberikan kejayaan kepada kita sebab Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Kalau kita dapat kejayaan pada waktu tu entah2 kita akan jadi  hamba yang lupa nak bersyukur.Mungkin kita jadi  jadi sombong ke,lupa daratan ke, dah tak jaga aurat macam dulu ke,dan benda2 lain yang teruk. Yakinlah bahawa janji Allah tu pasti.




Dan bagi situasi orang yang tak jaga aurat *bukan dengan lain jantina je, sejantina pun.
couple sana sini, sakitkan hati orang di sekeliling dan lain2 yang sewaktu denganNYA.Kita pun kena muhasabah diri jugak. Adakah kejayaan yang Allah kasi tu satu istidraj buat kita? *istidraj=nikmat yang diperolehi supaya kita semakin jauh padaNYA.

Bukan masa exam je kena muhasabah diri.  J J J

Yang paling penting teruskan USAHA>DOA>TAWAKAL
insyaAllah pengakhirannya adalah KEJAYAAN.




Akhir kalam, minta maap atas segala salah silap yang pernah dilakukan.
Mohon doa dari my beloved family and sahabat2 dekat Malaysia,Mesir,Jordan,US,Australia *seluruh pelusuk dunialah

Doakan kejayaan saya dan sahabat2 dalam final exam tak lama je lagi.

Buat ahli beit tercinta,sahabat2  MEG4, Ain Shams Uni, Kasr Ainy,Alexandria Uni,Tanta Uni,Mansoura Uni,JUST, Yarmouk Uni

Bitawfiq wannajah fi imtihan J
Teruskan berusaha hingga ke dakwat yang terakhir
Rabbuna maa’na


p/s-sahabat2 kat mesia dah abeh exam kan? Sooo,kami sangat jeles ngan anda semua

*tak sabauuuuu nak balik Malaysia.

Tuesday, January 31, 2012

PeNgEmBarAaN kE AleXanDrIa

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk meng-update post baru. Dan syukur yang tak terhingga juga kerana saya dan ahli beit = housemate telah selesai berjalan ke Alexandria melihat keindahan ciptaan tuhan. Tapi sorang tak dapat ikut bersama kami, fadhlin. Tapi kami sempat mencoret nama beliau di pantai atas tanda ingatan kami. *tulah pergi sinai tinggalkan kami. :p

nama manja,fadhlin = fadek x)

Mula-mula kami memang berhajat nak ke Gunung Sinai yang tersimpan 1001 sejarah  para anbiya' tapi tiada peluang bagi kami untuk ke sana. Jadi kami menukar rancangan kami untuk ke Iskandariyah. Masa winter break ni lah peluang kami untuk melihat keindahan dan kebesaran ciptaan Tuhan yang Esa. :)

macam dalam lirik lagu favourite saya, 
"berjalan bermusfirlh melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya. Nilai harganya, iman dan taqwa bagi hamba yang setia" Mirwana-hikmah kembara :) 

wajah-wajah riang dalam tremco = van 


\
kesian kena duduk sesorang sebelah mak cik arab :P

dalam perjalanan nak ke alex tu sempat lah kami meninjau keindahan sekeliling. seriuslah negara arab tak lah teruk sangat. mungkin saya duduk area yang macam pekan sikit so amat berbeza lah dengan alex. 

sungai nil :)

tol arab 

perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tempat pertama yang kami jejak di bumi Alex ialah mau uf gadid yang bermaksud perhentian baru. Seriously lengguh yang amat duduk dalam tremco. Selalu jalan kaki berbanding naik kereta.

di mau uf gadid

Sampai-sampai sana kami dijemput oleh my very best friend forever, Fatimah Azzahrah and my maahad hamidiah friend, Izyan Zahirah ditemani oleh seorang musyrif. Thanks a lot korang :)

Lepas rehat-rehat kat MARA building, malam tu kami mem-bedal seafood. Seriously amat best dan sedap. Manalah nak dapat seafood yang semurah tu kat Abbasiya. Sebelum makan tu si pembelanja menukar duit dulu kat sorafah = money changer. Tempat nak tukar duit tu pun cantik okayyy!! 



kalau dah tukar duit tu apa lagi. Jom mem-bedal! Seriously heaven.

#Ni baru nikmat dunia yang Allah kasi. Syukur ya Allah :)
best3 :)

hebat x? :)

masing2 muka kenyang! 


Actuallt tengah-tengah makan tetiba terdengar namaku dipanggil. Siapakah gerangan? tengok kiri kanan rupa2nya my dormmate when I was in Form 3. Orang ni amat saya kagumi. She's really a good leader. I know the meaning of strong from her. Amirah Syairah Aminuddin :)

tengok2 dapat wat reunion kat alex!

Keesokannya pulak pagi-pagi lagi kami ikut Alexandria student to their  university. Perrrgghhh!! seriously uni dorang cantik and modern. Kalau nak di-comparekan dengan uni2 kat cairo amatlah jauh berbeza.

in alexandria university :)


antara pemandangan hadapan alex uni



Disebabkan sahabat2 alex kami ada lecture pagi tu kami pun membawa diri jalan-jalan di sekitar alex. Nama tempat yang di tuju ialah Ma'murah. Best sangat sebab dapat tengok pantai, main basikal, picnic tepi pantai and etc. Lets pic talking~ :)

menikmati keindahan laut yang menghijau~

ombak...

one and me~


mak cik arab yang amat sporting :)



riding bike

kepenatan sejam main basikal x)

Petang tu pulak, member one of my friend bawak kita orang jalan-jalan pulak. We went to Alexandria library. Tengah jalan-jalan tu tetiba ada pulak orang arab buat tsaurah = demo kat tepi tu. tapi tak ada apa-apa pun :) first timedapat tengok dekat-dekat.

reka bentuk yang unik










kat belakang tu tsaurah 

wif alexander the great



Esoknya lagi lebih kurang pukul 11.30 pagi kami meninggalkan MARA building T.T , thanks korang kasi kami tempat berteduh. You all are the best :) Sebelum meninggalkan alex, kami sempat ke kubu quait bay and naik boat. Naik boat amat lah seram sebab kapal bergerak secara manual okayy without life jacket lagi.

on the boat 





menju ke quait bay citadel


:)

Duduk kat alex ni kami semua ketagih dengan aiskrim. Kat abbasiya amat la susah nak dapat aiskrim kalau ada pun cornetto je. So apa lagi kerja kami mem-bedal jelah.

ais krim kat tepi citadel

ais krim falaki

#both of them murah and yummy! :)

Maka selesailah perjalanan kami di tempat orang. Actually banyak benda yang kami beljar dari pengembaraan ni. Antaranya sabar and independent. Yelah sebelum ni kami bercuti bersama family tapi sekarang bercuti sendiri2 bersama family baru. :)

sebelum kita bermusafir kita mesti perbaiki niat agar perjalanan kita sentiasa dalam lindungan rahmatnya :)

إِنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّياتِ
“Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niat.”
(Sahih Bukhari dan Muslim)
sekian,wasalam