Wednesday, March 30, 2011

WaNita SeluRuh DunIA~

Wanita...wanita...wanita...

maaf yer buat laki lucky di luar sana~
hal ini tak berkaitan anda yang bergelar LELAKI..=p


WANITA TANAH ~

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


~WANITA API~

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.]


~ WANITA ANGIN ~

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24
September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk
berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


~ WANITA AIR ~
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


~ NASIHAT UNTUK WANITA ~

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Thursday, March 17, 2011

JawApan TerBaik seMaSa temuDuga~

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata,
"Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"
"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.
"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga
"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu
boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan..............

*nak jawab temu duga jgn berdasarkan pengalaman semata..ilmu mesti ade gak..adakah ianya logik atau pun x...
harap2 kita x dikurniakan bos yg BIJAK mcm kat atas tuh...=)
untuk suka-suki~~
sahabat2 yg bakal temu duga x lame lagiboleh gunekan jawapan bernas nih..=P

Wednesday, March 16, 2011

"Sayang,abang minta izin untuk nikah.."

SEBUAH KISAH BENAR...
maybe ada yang pernah dengar kisah ni

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri
solehah. Namun, kehadiran Qistina,gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau,aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yangpanas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham."

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampulbesar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa.Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat.Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya.Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak.Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciaten things when you lost it..

*ade lagi ke wanita zaman ini yang rela dimadukan~laki2 pulak jgn nak ambil ksempatan yer kalau dpt isteri yg solehah cam nih...renung2kan dan selamat berfikir...=)

Tuesday, March 15, 2011

KeNal Ke SApe DirI KaMu

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing

Ogos 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu
memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah
kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.
Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu
bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang
damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi
kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan
mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap
dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak
mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu
memang mempunyai kualiti yang baik.


Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang
menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah
menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan
kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang
lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai
yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan
itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan
kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang
mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu
bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak
lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang
pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau
pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar
melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua
dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling
disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,
kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.



Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,
kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap
sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang
nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah
mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.
Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam
berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu
kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.
Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan
kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak
akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang
disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang
dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka.
Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan
balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat
kehidupan sebagai latihan praktikal.



Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu
lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan
teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap
kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk
dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah
sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak
tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,
awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan
dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji
kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu
ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama
dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di
bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,
apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut
cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,
apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang
mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya
dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan
begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu
bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang
kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum
melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi
penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah
monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur
kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.


*semua ni hanyalah untuk suka-suki...jgn caya sgt yer..just ikut kajian manusia..
Allah lebih tahu apa yang betul..right!!!

Wednesday, March 2, 2011

FitRah SetIap insan....

Memang kita tak dapat nafikan perasaan cinta memang Allah dah bagi kat setiap insan. Tapi Allah suruh kita mengunakan iman untuk mengendalikannya...
Lagi-lagi perempuan mudah termakan dengan pujukan dan rayuan si kumbang~*tapi bukan saya..saya hanya selalu termakan pujukan kawan gaduh saya saja..hEHEHe XD

Sebelum meninggalkan sekolah,ada jugak sahabat2 yang bercakap,takutnya nak hidup dunia luar..takut banyak benda yang x pernah kita tempoh terpaksa tempoh.Kita kat sekolah nih terjagalah pergaulan laki perempuan, kalau kat luar nanti macam manalah pulak...tulah antara dialog2 sahabat2 saya..
Ramai insan2 yang mempelajari agama ni takut terjerumus ngan kancah percintaan yang mendatangkan kemurkaan Allah

Bercinta dengan lelaki yang bukan mahram boleh mengoyahkan iman-imankan diibaratkan kulit bawang,betul x??...apa tidaknya kita akan disayangi dan menyayangi...itukan fitrah...klu terhiris sikit je rosaklah bawang tuh...tulah yang banyak berlakunya ZINA...

Tapi ada je insan yang ber'couple'cakap..kami bukan buat zina pun..jumpa pun hanya cakap hal-hal agama...dia ingatkan saya tentang solat,puasa dll...x mainlah pegang2..guna pun panggilan 'anta anti'..bahasa syurga..
Huh~apa pendapat anda???ye ke cam tuh betul???
Anda yang memanggil kes per'couple'an ni sebagai CINTA ANTA ANTI...


Nabi S.A.W pernah bersabda,

"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]

Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?

Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.

Jadi buat sahabat2 yang rasa ingin disayangi dan menyayangi-terutama sahabat2 saya yang tengah menunggu keputusan SPM ni..jgn cakap lama lagi..tengok2 ada yang nak datang meminang..kalau terus kahwin x pe lah juga...insyaAllah lah terlepas dari godaan syaitan suruh kita buat zina-tapi pastikan cukup dengan ilmu sebelum kahwin tuh(tp pada pendapat saya belajar habis dulu,,,tunaikan tanggungjawab as son/daughter ye..tapi kalau betul2 jodoh sampai awal nak wat macam mana)kalau yang tak kahwin terus tuh pulak...bercinta siap sayang-sayang lagi...pikir2knlah sendiri..ilmu sudah cukup di dada tinggal kita saja yang nak mengaplikasikannya..teguran buat insan yang menaip ni jugak..HuHuHu XD




Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.

Saya akhiri dengan nas-nas dari kalam suci,(macam ngah berceramah aje)

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

" Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

p/s-ilham dari sahabat yang disayangi..kita sebagai manusia perlu saling mengingati...jgn lupe ingatkan saya kalau saya yang tersilap.."tolong ingatkan daku"-ala2 ana rafali(x ske pun ana rafali)

*ada sikit ayat2 yang amik dr iluvislam,,,:P