Assalamualaikum
Dah lama sangat tak update post baru. Almaklumlah kami pelajar2 dekat mesir dalam fatrah exam.
Jadi banyaklah masa kami dihabiskan di hadapan buku-buku medic yang best dan
nipis J *betul sangat lah tu
Post kali ni nak berkongsi sikit pasal exam.*diri ni tak sehebat mana nak berkongsi cerita
Selalunya lah kan nak dekat2 nak exam ni ramai lah yg di
antara kita yg mula rajin bangun qiamulail,buat solat sunat
hajat,taubat,tasbih,hifzi dan yang sewaktu dengannya. Fenomena ini selalunya hanya
berlaku bila exam dah nak dekat. Tak kata pun benda ni salah, tapi cuba kita
pikir balik , bila kita nak sesuatu kejayaan baru kita terhegeh2 nak minta
kepada DIA yang mampu dalam memberikan kejayaan kepada kita hambaNYA. Bila habis exam macam mana pula amalan kita?
*tepuk dada tanya iman.untuk diri ni yang menaip
juga ye J
Manusia memang jenis meminta2 bila memerlukan pertolongan
dan melupakan bila pertolongan telah dihulurkan. Nama pun manusia. Jadi dalam
fatrah exam ni sama2lah kita berusaha untuk membentuk diri kita
supaya istiqamah dalam amalan yang kita lakukan. Jadikan masa nak exam ni
sebagai wasilah untuk kita menjadi hamba
yang lebih mengingatiNYA J
Cerita lain pula,*kisah benar
“Kau pernah tak, rasa tak puas hati dengan apa yang kau ada sekarang
ni. Yelah aku dah tutup aurat, jaga mualamalat, buat baik ngan orang lain,
banyak sedekah tapi still markah rendah. Sedangkan ada orang tu, aurat tak amik
kisah, couple sana sini, sakitkan hati orang lain tapi result gempak giler. Nak
kata usaha, sama2 usaha gigih. Macam mana tu? Bukankah Allah menjanjikan
kejayaan bagi orang beramal soleh? ”
Nau’zubillahi min zalik.
Tu kerja syaitan membisikkan benda2 jahat kat hati kita.
Seorang sahabat aku pernah cakap,
“Kejayaan bukan hanya satu nikmat, ia juga satu ujian”
Bagi orang berpikir seperti situasi di atas, muhasabah diri
balik. Mungkin pada saat itu Allah belum lagi memberikan kejayaan kepada kita
sebab Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Kalau kita dapat kejayaan pada
waktu tu entah2 kita akan jadi hamba
yang lupa nak bersyukur.Mungkin kita jadi
jadi sombong ke,lupa daratan ke, dah tak jaga aurat macam dulu ke,dan
benda2 lain yang teruk. Yakinlah bahawa janji Allah tu pasti.
Dan bagi situasi orang yang tak jaga aurat *bukan dengan lain jantina je, sejantina pun.
couple sana sini, sakitkan hati orang di sekeliling dan
lain2 yang sewaktu denganNYA.Kita pun kena muhasabah diri jugak. Adakah
kejayaan yang Allah kasi tu satu istidraj buat kita? *istidraj=nikmat yang diperolehi supaya kita semakin jauh padaNYA.
Bukan masa exam je kena muhasabah diri. J J J
Yang paling penting teruskan USAHA>DOA>TAWAKAL
insyaAllah pengakhirannya adalah KEJAYAAN.
Akhir kalam, minta maap atas segala salah silap yang pernah
dilakukan.
Mohon doa dari my beloved family and sahabat2 dekat
Malaysia,Mesir,Jordan,US,Australia *seluruh
pelusuk dunialah
Doakan kejayaan saya dan sahabat2 dalam final exam tak lama
je lagi.
Buat ahli beit tercinta,sahabat2 MEG4, Ain Shams Uni, Kasr Ainy,Alexandria
Uni,Tanta Uni,Mansoura Uni,JUST, Yarmouk Uni
Bitawfiq wannajah fi imtihan J
Teruskan berusaha hingga ke dakwat yang terakhir
Rabbuna maa’na
p/s-sahabat2 kat mesia dah abeh exam kan? Sooo,kami sangat
jeles ngan anda semua
*tak sabauuuuu nak balik
Malaysia.