Tuesday, December 10, 2013

MESIR VS MANIPAL

Assalamualaikum :D

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas lagi pada hari ini.

Sebenarnya dah lama nak update sebelum fly ke India lagi tapi tak sempat ^^

Just nak share tentang apa yang berlaku selama 4 bulan lepas. Macam2 benda yang berlaku dalam tempoh yang singkat ni. Siapa sangka sebelum ni kaki aku pernah memijak bumi kinanah dan sekarang berada di tempat berdirinya Mahatma Gandhi.
Semua itu perancangan Allah dan kita sebagai hambaNya kena bersyukur and redha atas setiap ketetapannya.

Hati mana yang tak sedih setelah dua tahun belajar erti hidup, bersahabat, sayang, cinta, rindu, benci dan segala2nya di Mesir, namun aku perlu meninggalkan tempat tersebut. Mungkin 2 tahun bukan tempoh yang cukup untuk memahami dan mengenali segalanya tapi ianya memadai untuk melakarkan secebis kenangan yang terindah MUNGKIN :)

Bukan mudah keputusan yang ingin dibuat sama ada nak stay kat Mesir or sambung kat tempat lain. 
Setelah berfikir panjang, hati ini lebih tenang dengan memilih TEMPAT LAIN.

Memilih tempat lain bukan bermakna aku tak sayang akan Mesir. Mungkin perancangan Allah buat aku lebih baik di tempat lain :')

Kalau difikirkan kembali aku bersyukur yang amat sebab Allah masih memberi ruang kepada aku 
untuk menerokai ke pelusuk bumi Allah yang lain. Ada hikmah yang terselit yang masih menjadi rahsiaNYa mungkin.

Rindu pada mesir dan seisinya memang tak dapat dinafikan. 
Kat sini mana ada lagi ammu2 dan makcik2 yang bagi salam pada kita setiap pagi ke kuliah. 
Mana ada lagi terserempak dengan tompok2 tahi kambing dan keldai dalam perjalanan ke kuliah
mana ada lagi berhimpit2 dalam metro, bas dan tremco.
Mana ada perkataan "maalish" "bikyaa" "eeeissh" lagi terjerit-jerit kedengaran.

*Aku pasti akan cerita pada anak cucu nanti ^^*

Sekarang adalah waktu untuk aku melakar kehidupan yang baru, di tempat yang baru, bersama orang2 yang baru. Orang yang lama masih diingati. Orang baru adalah penyeri.

Walaupun di mana pun kita berada, especially to #ohana kita masih berdiri atas bumi yang sama, memandang langit yang sama, mengesakan TUHAN yang sama :)

Akhir kata, love and miss you all.
 
Salam sayang dari Manipal, India.

biar gambar berbicara :)

lecture hall tempat beradu :P

we are ohana :)




wirawati ohana :)

nobody gets left behind -_-


 
 

   

Wednesday, August 21, 2013

Journey to "THE CITY OF ATATURK"

Dengan namaMU ya Allah, seinfiniti kesyukuran aku lafazkan atas nikmat hidup, iman dan Islam ke atas diriku ini.

Alhamdulillah pada cuti winter yang lepas aku dan 9 sahabat aku diberi kesempatan untuk meneroka bumi Allah iaitu Turkiye. Ramai yang suruh aku update blog ceritakan apa yang ada kat Turki tapi baru sekarang aku dapat update. Maaf atas kelewatan yang amat sangat :( Ramai yang cakap medic student mestilah busy (busy lah sangat). Aku tak busy mana sebenarnya cuma jari jemari kaku. (cewahh!) 

9 sahabat aku yang tersayang

 Turki terbahagi kepada 2 bahagian, Turki Eropah dan Turki Asia. Gaya hidup dan kemodenan 2 tempat ini memang berbeza. Yelah tengok dari nama pun dah berbeza. Aku cerita area Turki Eropah dulu la ye. 
Kat sinilah yang ada Sultan Ahmed Mosque atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque (Istanbul). Masjid ini telah dibina semasa pemerintahan Sultan Ahmed.Masa mula2 sampai kat situ musykil jugak pasal apa panggil masjid biru. Sebab kalau lihat dari luar masjid langsung tak ada satu objek pun yang dapat dikaitkan dengan biru. Tapi setelah kaki melangkah ke dalam masjid dapat dilihat marmar biru indah menghiasi dinding masjid. SubhanaAllah. Reka bentuknya dari zaman Turki Uthmaniyyah. Memang tergamamlah lihat seni binanya.

interior

kanak2 riang luar Blue Mosque

perkarangan Blue Mosque

Tidak jauh dari Blue Mosque ada lagi satu tempat yang sering mendapat kunjungan yang hebat, Hayga Sophia. Pada asalnya Hayga Sophia ni adalah gereja. Setelah kerajaan Islam sampai ke bumi Turki ia telah dijadikan mosque dan sekarang ia merupakan muzium. Reka bentuknya amat unik sebab terdapat seni bina Islam dan juga Kristian Ortodox. 
pandangan luar hayga sophia

antara pameran

interior of hayga sophia

Kami juga sempat pergi ke muzium atau kubur Kamal Ataturk (kubur la kan kalau makam macam terhormat la pulak) Tempat ini terletak di Ankara, ibu negara Turki. Mula-mula aku ingat Istanbul tu ibu negara rupa-rupanya Ankara. Orang Turki menganggap Kamal Ataturk ni sebagai hero sebab telah berjaya membebaskan Turki daripada ancaman (kononnya) Tanyalah mana-mana orang Turki dorang kata dia ni baik and semua yang positif ada lah kat dia ni. Kita sebagai orang Islam pasti akan membenci perbuatan Kamal Ataturk. Kamal Ataturk la yang telah membawa islam sekular ke Turki. Antara perkara yang telah dilakukan oleh Kamal Ataturk ialah menukarkan azan kepada bahasa Turki. Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kamal Ataturk boleh la mencari buku mengenainya di mana-mana kedai buku berhampiran atau tanya saja sama pak cik google. InsyaAllah sangat berlambak di internet. Aku sempat jugak la beli buku mengenai Kamal Ataturk ni kat muzium tu. Memang berbezalah daripada yang sebenar.

perkarangan muzium Kamal Ataturk





kata-kata terakhir Kamal Ataturk kepada rakyatnya

Bagi kaum wanita pula, 2 tempat ni memang menjadi tumpuan la, Grand Bazaar dan Spice Market. Kat sini lah selalu insan-insan yang bernama perempuan ber"shopping" (aku tak tergolong ye. Aku speises yang tak suka shooping. hehehe) Barang-barang kat Spices Market lagi murah kalau nak compare dgn Grand Bazaar. Memang borong habislah. Sampai ada kawan aku beli lagi 1 beg baru sebab nak letak barang. 





kawasan sekitar Grand Bazaar

Inilah antara tempat yang aku dengan sahabat-sahabat aku pergi kat area Turki Eropah. Aku tak ingat syeikh siapa atau ustaz siapa cakap, kalau kita ingin lebih mengenali sahabat kita, kita perlu bermusafir dengan mereka. Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat yang baik-baik. Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi insyaAllah next entry la pulak ye. 

"orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
 (AL-IMRAAN : 191)

 Moga kita menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNYA.

p/s- Aku rindukan Mesir. Sedih je tengok jalan yang selalu aku guna kini berlumuran darah. Moga Mesir kembali aman. Dont forget pray for EGYPT.