Wednesday, August 21, 2013

Journey to "THE CITY OF ATATURK"

Dengan namaMU ya Allah, seinfiniti kesyukuran aku lafazkan atas nikmat hidup, iman dan Islam ke atas diriku ini.

Alhamdulillah pada cuti winter yang lepas aku dan 9 sahabat aku diberi kesempatan untuk meneroka bumi Allah iaitu Turkiye. Ramai yang suruh aku update blog ceritakan apa yang ada kat Turki tapi baru sekarang aku dapat update. Maaf atas kelewatan yang amat sangat :( Ramai yang cakap medic student mestilah busy (busy lah sangat). Aku tak busy mana sebenarnya cuma jari jemari kaku. (cewahh!) 

9 sahabat aku yang tersayang

 Turki terbahagi kepada 2 bahagian, Turki Eropah dan Turki Asia. Gaya hidup dan kemodenan 2 tempat ini memang berbeza. Yelah tengok dari nama pun dah berbeza. Aku cerita area Turki Eropah dulu la ye. 
Kat sinilah yang ada Sultan Ahmed Mosque atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque (Istanbul). Masjid ini telah dibina semasa pemerintahan Sultan Ahmed.Masa mula2 sampai kat situ musykil jugak pasal apa panggil masjid biru. Sebab kalau lihat dari luar masjid langsung tak ada satu objek pun yang dapat dikaitkan dengan biru. Tapi setelah kaki melangkah ke dalam masjid dapat dilihat marmar biru indah menghiasi dinding masjid. SubhanaAllah. Reka bentuknya dari zaman Turki Uthmaniyyah. Memang tergamamlah lihat seni binanya.

interior

kanak2 riang luar Blue Mosque

perkarangan Blue Mosque

Tidak jauh dari Blue Mosque ada lagi satu tempat yang sering mendapat kunjungan yang hebat, Hayga Sophia. Pada asalnya Hayga Sophia ni adalah gereja. Setelah kerajaan Islam sampai ke bumi Turki ia telah dijadikan mosque dan sekarang ia merupakan muzium. Reka bentuknya amat unik sebab terdapat seni bina Islam dan juga Kristian Ortodox. 
pandangan luar hayga sophia

antara pameran

interior of hayga sophia

Kami juga sempat pergi ke muzium atau kubur Kamal Ataturk (kubur la kan kalau makam macam terhormat la pulak) Tempat ini terletak di Ankara, ibu negara Turki. Mula-mula aku ingat Istanbul tu ibu negara rupa-rupanya Ankara. Orang Turki menganggap Kamal Ataturk ni sebagai hero sebab telah berjaya membebaskan Turki daripada ancaman (kononnya) Tanyalah mana-mana orang Turki dorang kata dia ni baik and semua yang positif ada lah kat dia ni. Kita sebagai orang Islam pasti akan membenci perbuatan Kamal Ataturk. Kamal Ataturk la yang telah membawa islam sekular ke Turki. Antara perkara yang telah dilakukan oleh Kamal Ataturk ialah menukarkan azan kepada bahasa Turki. Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kamal Ataturk boleh la mencari buku mengenainya di mana-mana kedai buku berhampiran atau tanya saja sama pak cik google. InsyaAllah sangat berlambak di internet. Aku sempat jugak la beli buku mengenai Kamal Ataturk ni kat muzium tu. Memang berbezalah daripada yang sebenar.

perkarangan muzium Kamal Ataturk





kata-kata terakhir Kamal Ataturk kepada rakyatnya

Bagi kaum wanita pula, 2 tempat ni memang menjadi tumpuan la, Grand Bazaar dan Spice Market. Kat sini lah selalu insan-insan yang bernama perempuan ber"shopping" (aku tak tergolong ye. Aku speises yang tak suka shooping. hehehe) Barang-barang kat Spices Market lagi murah kalau nak compare dgn Grand Bazaar. Memang borong habislah. Sampai ada kawan aku beli lagi 1 beg baru sebab nak letak barang. 





kawasan sekitar Grand Bazaar

Inilah antara tempat yang aku dengan sahabat-sahabat aku pergi kat area Turki Eropah. Aku tak ingat syeikh siapa atau ustaz siapa cakap, kalau kita ingin lebih mengenali sahabat kita, kita perlu bermusafir dengan mereka. Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat yang baik-baik. Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi insyaAllah next entry la pulak ye. 

"orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
 (AL-IMRAAN : 191)

 Moga kita menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNYA.

p/s- Aku rindukan Mesir. Sedih je tengok jalan yang selalu aku guna kini berlumuran darah. Moga Mesir kembali aman. Dont forget pray for EGYPT.