Tuesday, April 26, 2011

lawaK KuraNg BijaK

1) KERTAS

Dua sahabat sedang bercinta. Bagaimana salah seorang ingin tahu rahsia kertas bila tulis surat.

Shahdan : Mengapa kau tulis surat dengan kertas hijau muda?
Nasir Yusof : Surat warna hijau muda itu bererti " Aku Cinta Padamu"
Shahdan : Kalau kertas itu warna biru muda?
Nasir Yusof :Lambangkan susana pilu.
Shahdan : Kertas merah?
Nasir Yusof : Cinta yang membara.
Shahdan : Putih?
Nasir Yusof : Suci, Bersih dan Jujur.
Shahdan : Kalau kertas kuning?
Nasir Yusof : Melambangkan hati yang gersang.
Shahdan : Merah jambu?
Nasir Yusof : Sedang jatuh cinta.
Shahdan : Kalau kelabu?
Nasir Yusof : Hati sedang sedih dan merintih
Shahdan : Kalau kertas hitam?
Nasir Yusof : Itu nama Kertas Karbon laaa !!!

2. DUIT 20 SEN

Dua rakan sekelas sedang berbual-bual di kantin sekolah.

Hisham : Aku terjumpa duit 20 sen atas lantai kelas kita tadi.
Radzi : Oh... itu duit aku lah yang tercicir 20 sen masa bergegas masuk kelas pagi tadi.
Hisham : Tapi yang aku jumpa tu duit 10 sen, 10 sen dua keping la..
Radzi : Betullah!! Duit tu terbelah dua masa jatuh.


3. WASIAT
Maliah berada di sisi ketika suami sedang nazak. Sebelum meninggal sempat Pauzi berpesan kepada isterinya...

Pauzi : Maliah! Sebelum aku mati nanti, aku ingin berpesan kepadamu.
Isteri : Iya, bang cakaplah.
Pauzi : Aku mau kau kawin dengan Kamaruzaman.
Isteri : (Terkejut) Isk abang nie... kan Kamaruzaman tu musuh ketat abang? Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?
Pauzi : Betul...Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami sejak 30 tahun aku bersamamu.
Isteri : ???? (terus meraung).


4. SILAP DAIL

Mazlan baru sahaja melaporkan diri sebagai pelatih pengurusan di sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja mendapat tempat duduknya, dia terus mendail.

Mazlan : (Menengking) Tolong bancuhkan saya secawan kopi!
Suara : Maaf, awak tersilap dail ni. Awak tahu tak dengan siapa awak bercakap ni?
Mazlan : Tidak!
Suara : Saya Pengarah Urusan syarikat ni, tahu tak?
Mazlan : (Terperanjat : Mungkin aku tersilap dail, fikirnya) Encik tahu dengan siapa Encik bercakap ni?
Suara : Tidak! Awak Siapa?
Mazlan : Kalau tak tahu, bagus! (terus letak gagang telefon)

Tuesday, April 19, 2011

After Ice rain In sOuTh ChinA~

It happened in 2008
While we suffer from the weather disaster from our own doing, but ......
Even thought it was a disaster but SUBHANALLAH
Enjoy the pictures,let the picture talking~

















Don't forget the greatest of HIM~ =)

Tuesday, April 12, 2011

ALhamDuliLLah...SelesaI MinGGu yanG aMat BUzY~

Dengan nama Allah yang Maha Pemuah lagi Penyayang

     Just want to share.Minggu ni adalah minggu yang buzy jiddan dalam hidup saya.*Guna sayalah ye,agar kelihatan lebih sopan.Sekarang setiap hari sabtu dengan ahad saya, kakak saya yang garang and ibu tercinta akan mengahabiskan masa dengan membuat tart*depend ar kadang2 tart telur,kadang2 blueberry cheese tart dll.Best sesangat.Yang bestnya nak tahu ape,dapat makanlah yang pastinya. 2 orang adik saya kat SMKA MAAHAD HAMIDIAH pun seronok gak sebab setiap sabtu and ahad kami akan hantar kat mereka untuk dijual dan dimakan.Kakak saya kat UNIMAP pulak jeles memanjang.Maaf ye kak uda,kalau nak balik lah cepat2.=) Nilah antara hasil2 kerja saya and kakak saya* mak saya banyak jadi mandor je.HEHEHE

yummy!!! sedap tau.

kalau nak rasa datang lah rumah 

blueberry cheese tart

Nilah aktiviti masa lapang saya, masak + makan = lu pikirlah sendiri. Tapi aktiviti ni amat bermanfaat tau sambil2 tuh dapat eratkan hubungan kekeluargaan.Kalau tak percaya cube try. Selain tuh tak yah lah nak pergi kedai kek tuk beli tart2 nih,air tangan sendirikan lebih sedap and puas hati.

    Aktiviti yang seterusnya yang mengakibatkan saya busy ialah test kereta. Fuhh!!! lega sebab saya dah dapat MR.P. All praises to Allah. Sepi2 je nak kandas tau,Alhamdulillah puan JPJ yuh baik hati. 

Puan JPJ: adik buat betul2 ye.Jangan buat salah lagi.Saya tak suka nak kandas2 orang ni.
saya       : okay2. 

Dengan kemurahan hati puan JPJ tuh saya pun mendapat MR.P. 


Tapi belum pegang lagi lah lesennya.Jumaat ni baru nak ambil.Untuk pengetahuan semua pembaca,masa saya memandu tuh memang tak tenteram yang amat sebab memikirkan hari esoknya.INTERVIEW JPA kat intec and result for interview UPNM keluar. Menyeramkan. Apa tak seramnya budak2 gempak berkumpul just for interview.Macam mana lah aku nak fokus time bawak kereta, banyak sangat benda yang tengah saya fikirkan.Apa taknya sahabat2 KISAS saya semuanya macam dah sedia.SAYA??? entahlah.*yang UPNM tuh saja2 je apply, sebenarnya tak nak pun.Wuhaaaaa!!!

    Sehari sebelum interview tuh saya preparelah ape2 yang patut. Sijil2 semua, antara soalan popular yang selalu ditanya.*erti kata lain soalan spot hehehe.biasalah habit dak2 KISAS. Lepas dah prepare semua2 tuh ape lagi, saya pun melabuhkan tirailah.macam biasa saya mana boleh tidur lambat. Sahabat2 KISAS and MAAHAD mungkin arif tentang hal ni.=)

   Namun begitu tidur saya tak nyenyak langsung malam tuh.Asyik2 terjaga saje.Bila dah nak subuh tuh baru rasa boleh tidur.Mengada2 betol mata ni. Saya bergerak ke Shah Alam pukul 7.45 pagi padahal interview start pukul 9.40 pagi.Abah kesayangan saya cakap,"kita sarapan dulu lah kat kedai"
Wokeyh!! kalau bab makan saya memang suka..Yelah siapalah yang tak suke, orang belanja lah katakan. =)

    Lepas sarapan kami pun bergeraklah ke intec.WOW!!!memang ramai jiddan orang.Saya pun mendaftarkan diri di tempat yang disediakan.Yang sedihnya ingatkan dapatlah jumpa budak2 KISAS or MAAHAD. Malangnya tak ade sorang pun yang saya kenal. Never mind. It's not abig problem. Time nilah dapat hidup atas kaki sendiri.*Macam selama ni duduk atas kaki orang lain aje. =P
Lepas dah daftar tuh,saya telah ditempatkan bersama panel 5. Insan2 yang 1 group dengan saya 2 india ( boy+girl) 1 cina (boy) 2 melayu (saya+hertina).Mereka semua sangat friendly and sporting. Saya rapat dengan yang cina tuh sebab dia cam kudus je. So lepas berkenalan semua kami pun dipanggil masuk ke dalam bilik panel 5.Parkinson meningkat. Hertina tuh apply farmasi,saya+2 other India apply medic and the chinese boy apply for dentistry.Sebelum masuk tuh semua wish all the best among each other.Sweet moment koWt~

Sekarang saya nak share pengalaman dalam bilik yang scarYYY tu...=)

gambar hiasan =)
mula2 masuk tuh macam biasalah.ketuk pintu bagi salam and duduk lepas disuruh.Ada 3 orang panel yang akan menginterview kami, all of them are men+malay =)

Senyuman mungkin boleh membantu anda untuk mengurangkan penyakit parkinson yang meyerang.Then semuanya Insya Allah okay~ then lepas encik panel tuh dah kasi intro dia akan suruh sorang2 introduce diri masing2. ikut giliran.Saya gilirn yang ke-3. panel tuh tanya BM but sesuka hati saje seorang membe ni ckp BI. Tapi memang dia susah sikit nak cakap BM ,klu nak cakap pun kena fikir ayat BI dulu. Dasyat yang amat.Lepas tuh bermula lah sesi soal jawab.

Soalan 1:Kenapa kamu semua nak ambil bidang ni? Atas pilihan sendiri or others.*in BM

Rasanya soalan ni memang popular kot.mule2 gagap gak r nak jawab. Tapi teringat kata2 kak uda saya, kalau dah pening or blurr nak jawab ape aci redah je

Soalan2 : Apakah cabaran yang dihadapi oleh doktor kini dengan tahap kesihatan sekarang?*also BM

Pening jugak saya nak cari idea tuk soalan ni.Alhamdulillah pagi tadi baru baca paper pasal telur tiruan so saya pun masukkan sikit2 mengenai isu tersebut. Pandailah putar belit sikit. HAHAHA.. Memang buntu sangat masa tuh. Membe2 lain semua cerita pasal diabetis n obes je. So saya pun try lah bawa kelainan sikit. Pandai2 lah putar belit~

Soalan 3: Sanggupkah awak nak hadapi doc life sbb anak saya seorg doc..Hidupnya as a doc mcm 36  hours per day.
*in BI..smpt agy tuh promote anak =)

Soalan 4 : Why do u choose middle east? *in BI .. soalan ni specific for me...bcoz I was the only one that apply there..semua orang dapat soalan yang berbeza2 masa soalan 4 ni. depend on course yg kita pilih =)

So saya pun tibai lar...soalan ni lah yang paling konfiden nak jawab ...saya cakap sebab bahasa Arab lah..n blablabla...n so on

Soalan 5 : Apakan nilai n amalan yang patut ade pada seseorang doc tuh? * in BM

Saya jawab penyabar,sikap berkorban and x mudah putus asa. Tuh point saje. Dan seterusnya mulalah mengarut~

Soalan last : dulu kat sekolah awak masuk hoki dengan bola keranjang kan? Posisi ape ye.*in BI..soalan ini specific 4 me

then saya pun jawablah seperti  yang ditanya. Dia macam pelik. Betul ke awak main. KOLEJ ISLAM boleh ke main2 macam ni. saya pun jawab OF COURSE. Apa dia ingat muslimat KISAS x boleh main2 benda2 macam itu ke...Tapi dalam hati jelah yang mampu saya balas.

Sekian sahaja sesi interview saya, panel tuh cakap susah nak buat pilihan sebab ramai sangat budak2 yang hebat2 datang.Memang saya akui. 2 orang India tuh memang superb in speaking. Tabik spring lah. Lepas melangkah keluar dari bilik tersebut kami pun ucapkan terima kasih kepada semua pegawai yang bantu kami di luar~ *Ada seorang encik tuh memang baik. Kasi tips untuk redakan gemuruh.Nak tau x ape... Baca SELAWAT bebanyak...=)

Lepas tuh saya pun melangkah balik ke rumah lepas makan tengah hari kat luar,=) dah sampai rumah tuh terus menerpa ke komputer untuk cek UPNM. Dapat ke x?? Lepas2 isi IC je...Ohho~



Dengan dukacitanya anda tidak tersenarai dalam sesi temuduga~

FUhHH~!! Alhamdulillah..
Dukacita ke?? Suka cita adalah..
hari ini adalah hari yang paling release sbb saya dapat selesaikan semuanya..All Praises To Allah =D

SEKIAN saya mengarut =DDD




Friday, April 1, 2011

KEbESarAn SoLaT 2 rAkAAt

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang,sayap itu antara timur dan barat
(ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam