Tuesday, April 26, 2011

lawaK KuraNg BijaK

1) KERTAS

Dua sahabat sedang bercinta. Bagaimana salah seorang ingin tahu rahsia kertas bila tulis surat.

Shahdan : Mengapa kau tulis surat dengan kertas hijau muda?
Nasir Yusof : Surat warna hijau muda itu bererti " Aku Cinta Padamu"
Shahdan : Kalau kertas itu warna biru muda?
Nasir Yusof :Lambangkan susana pilu.
Shahdan : Kertas merah?
Nasir Yusof : Cinta yang membara.
Shahdan : Putih?
Nasir Yusof : Suci, Bersih dan Jujur.
Shahdan : Kalau kertas kuning?
Nasir Yusof : Melambangkan hati yang gersang.
Shahdan : Merah jambu?
Nasir Yusof : Sedang jatuh cinta.
Shahdan : Kalau kelabu?
Nasir Yusof : Hati sedang sedih dan merintih
Shahdan : Kalau kertas hitam?
Nasir Yusof : Itu nama Kertas Karbon laaa !!!

2. DUIT 20 SEN

Dua rakan sekelas sedang berbual-bual di kantin sekolah.

Hisham : Aku terjumpa duit 20 sen atas lantai kelas kita tadi.
Radzi : Oh... itu duit aku lah yang tercicir 20 sen masa bergegas masuk kelas pagi tadi.
Hisham : Tapi yang aku jumpa tu duit 10 sen, 10 sen dua keping la..
Radzi : Betullah!! Duit tu terbelah dua masa jatuh.


3. WASIAT
Maliah berada di sisi ketika suami sedang nazak. Sebelum meninggal sempat Pauzi berpesan kepada isterinya...

Pauzi : Maliah! Sebelum aku mati nanti, aku ingin berpesan kepadamu.
Isteri : Iya, bang cakaplah.
Pauzi : Aku mau kau kawin dengan Kamaruzaman.
Isteri : (Terkejut) Isk abang nie... kan Kamaruzaman tu musuh ketat abang? Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?
Pauzi : Betul...Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami sejak 30 tahun aku bersamamu.
Isteri : ???? (terus meraung).


4. SILAP DAIL

Mazlan baru sahaja melaporkan diri sebagai pelatih pengurusan di sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja mendapat tempat duduknya, dia terus mendail.

Mazlan : (Menengking) Tolong bancuhkan saya secawan kopi!
Suara : Maaf, awak tersilap dail ni. Awak tahu tak dengan siapa awak bercakap ni?
Mazlan : Tidak!
Suara : Saya Pengarah Urusan syarikat ni, tahu tak?
Mazlan : (Terperanjat : Mungkin aku tersilap dail, fikirnya) Encik tahu dengan siapa Encik bercakap ni?
Suara : Tidak! Awak Siapa?
Mazlan : Kalau tak tahu, bagus! (terus letak gagang telefon)

No comments: