Saturday, May 12, 2012

EXAM FEVER ~!~



Assalamualaikum

Dah lama sangat tak update post baru. Almaklumlah  kami pelajar2 dekat mesir dalam fatrah exam. Jadi banyaklah masa kami dihabiskan di hadapan buku-buku medic yang best dan nipis  J *betul sangat lah tu

Post kali ni nak berkongsi sikit pasal exam.*diri ni tak sehebat mana nak berkongsi cerita

Selalunya lah kan nak dekat2 nak exam ni ramai lah yg di antara kita yg mula rajin bangun qiamulail,buat solat sunat hajat,taubat,tasbih,hifzi dan yang sewaktu dengannya. Fenomena ini selalunya hanya berlaku bila exam dah nak dekat. Tak kata pun benda ni salah, tapi cuba kita pikir balik , bila kita nak sesuatu kejayaan baru kita terhegeh2 nak minta kepada DIA yang mampu dalam memberikan kejayaan kepada kita hambaNYA.  Bila habis exam macam mana pula amalan kita? *tepuk dada tanya iman.untuk diri ni yang menaip juga ye J

Manusia memang jenis meminta2 bila memerlukan pertolongan dan melupakan bila pertolongan telah dihulurkan. Nama pun manusia. Jadi dalam fatrah exam ni  sama2lah  kita berusaha untuk membentuk diri kita supaya istiqamah dalam amalan yang kita lakukan. Jadikan masa nak exam ni sebagai wasilah untuk  kita menjadi hamba yang lebih mengingatiNYA J



Cerita lain pula,*kisah benar

“Kau pernah tak, rasa tak puas hati dengan apa yang kau ada sekarang ni. Yelah aku dah tutup aurat, jaga mualamalat, buat baik ngan orang lain, banyak sedekah tapi still markah rendah. Sedangkan ada orang tu, aurat tak amik kisah, couple sana sini, sakitkan hati orang lain tapi result gempak giler. Nak kata usaha, sama2 usaha gigih. Macam mana tu? Bukankah Allah menjanjikan kejayaan bagi orang beramal soleh? ”

Nau’zubillahi min zalik.  Tu kerja syaitan membisikkan benda2 jahat kat hati kita.
Seorang sahabat aku pernah cakap,
“Kejayaan bukan hanya satu nikmat, ia juga satu ujian”

Bagi orang berpikir seperti situasi di atas, muhasabah diri balik. Mungkin pada saat itu Allah belum lagi memberikan kejayaan kepada kita sebab Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Kalau kita dapat kejayaan pada waktu tu entah2 kita akan jadi  hamba yang lupa nak bersyukur.Mungkin kita jadi  jadi sombong ke,lupa daratan ke, dah tak jaga aurat macam dulu ke,dan benda2 lain yang teruk. Yakinlah bahawa janji Allah tu pasti.




Dan bagi situasi orang yang tak jaga aurat *bukan dengan lain jantina je, sejantina pun.
couple sana sini, sakitkan hati orang di sekeliling dan lain2 yang sewaktu denganNYA.Kita pun kena muhasabah diri jugak. Adakah kejayaan yang Allah kasi tu satu istidraj buat kita? *istidraj=nikmat yang diperolehi supaya kita semakin jauh padaNYA.

Bukan masa exam je kena muhasabah diri.  J J J

Yang paling penting teruskan USAHA>DOA>TAWAKAL
insyaAllah pengakhirannya adalah KEJAYAAN.




Akhir kalam, minta maap atas segala salah silap yang pernah dilakukan.
Mohon doa dari my beloved family and sahabat2 dekat Malaysia,Mesir,Jordan,US,Australia *seluruh pelusuk dunialah

Doakan kejayaan saya dan sahabat2 dalam final exam tak lama je lagi.

Buat ahli beit tercinta,sahabat2  MEG4, Ain Shams Uni, Kasr Ainy,Alexandria Uni,Tanta Uni,Mansoura Uni,JUST, Yarmouk Uni

Bitawfiq wannajah fi imtihan J
Teruskan berusaha hingga ke dakwat yang terakhir
Rabbuna maa’na


p/s-sahabat2 kat mesia dah abeh exam kan? Sooo,kami sangat jeles ngan anda semua

*tak sabauuuuu nak balik Malaysia.

3 comments:

D-SIM said...

orang kalau nak buat baik, xyah halang kowt. norma lah kalau dah rasa jadual padat, pandai - pandai cari ruang nak tenangkan diri, salah satunya, dengan beribadat kepadaNya.

btw, bkn semua bdk mesia dah habis exam -_-

fnma said...

yayyyyy dah dapat stalkkkk! ;))

iqinaiman said...

d sim: saya tak halang pun la. ye paham apa yg anda maksudkan. tapi harap sama2 dapat istiqamah la ngan ibadah yg dilakukan. jgn tyme exam je.

kak farahnur: ahhh tak patut!