Thursday, June 21, 2012

ujian itu tarbiyah :D

alhamdulillah,sudah lebih kurang 3 paper setengah yang telah selesai ditempuhi. tengah2 exam ni lah banyak benda yang kena tempuh. biasalah tu. nak sesuatu kejayaan tu mestilah kena uji ngan sesuatu dulu.

ujian yang paling seksa masa exam ni ialah DEMAM~ T.T

paper yang perlu ditempuh masa ni ialah physiology written. malam sebelum exam tu tak yah ceritalah badan panas tahap gaban. nak buka buku pun tulisan jadi 2 3 baris. ujian-ujian. udah lah banyak benda yang revise balik..so bagi nak dapatkan kesegaran untuk exam besoknya aku mengambil keputusan untuk terus tidur lepas makan ubat. tapi time ni tak yah ceritalah nak nangis yang amat. yelah dulu kalau demam mak yang jaga, bagi makan ubat, masakkan. T.T

mereka yang saya rindu :D

tetiba teringat satu ayat quran yang bermaksud :

"bagaimana kamu kata kamu orang yang beriman sedangkan kamu belum diuji?"

banyak kali suruh muhasabah diri. harap dengan demam ni sebagai kifarah dosa.

esok pagi lepas solat subuh tgk handset ada mesej dari sorang sahabat yang disayang ! ~sarah ahmad~

jika Allah ingin memberi bantuan kepada hambaNya,maka siapa yang dapat menghalang?  rabunna yusahil go go  cecep :)

lepas baca je, rasa terus semangat. mata dah berair2 dah. terima kasih sahabat :)

pagi tu lepas subuh teruslah mengulang sikit2 mana yang mampu even badan belum kuat mana lagi.

masa dalam dewan exam tu, ya Allah, sejuk yang amat. nasib baiklah aku teringat nak  bawa sarung tangan tebal. time exam tulah kepala rasa sakit,rasa nak muntah. time tu rasa nak letak pen je and berhenti jawab. tetiba handset bergetar *mesej masuk. aku pun bukak la. takpe doktor tak perasan :DD

abah mesej:

salam iqin bagaimana keadaan sekarang?demam lagi ke? makan ubat minum air banyak jangan lupa.

lepas baca je mesej tu,terus rasa sayu. then semangat nak jawab tu kembali.

Alhamdulillah selesai jugak exam tu. even tak lah konfiden 100% dengan jawapan yang aku kasi. tapi syukur sebab dapat jawab dengan lancar :)

ujian tu memang tarbiyah. buat kita jadi lagi kuat, sabar, dan macam2 lagi.

dalam quran pun ada sebut,

"Allah tak akan memberi satu ujian kepada hambanya kalau dia tak mampu"

so keep n moving.

p/s- semoga post kali ni dapat memberi ikhtibar buat kita bersama.

doakan saya untuk exam yang 3 paper setengah seterusnya :))

sekian wasalam

6 comments:

D-SIM said...

bukan summer dah start ?
still ada exam ?

uda cun~ haha said...

hye dearie sister..hehe..fighting2

Alia Amirah said...

cecep ! demam ke ? :(
all the best keh for the upcoming examss :') insyaAllah khair <3

iqinaiman said...

encik d-sim: a ah summer dah start tapi exam lom abes lagi.. 9hb julai ni baru abes :)

uda cun: thanks akak ku cayang :DD

alia: a ah alia tapi alhamdulillah skrg ok dah. thanks a lot dear :)

syairahmohdanuar said...

muhasabah tu yang terbaik :')

p/s : gudluck exammm :D

siti hazreen said...

hurmmm, saya pun pernah kena demam masa exam ;)