Wednesday, December 28, 2011

PeRkaHwiNan SuLong!!


Masa tengah berbincang dengan seorang sahabat kat rumah beliau,tetiba handset comel kecayangan aku berbunyi menandakan mesej masuk. Bukak-bukak je…

“Insya Allah pada hujung bulan ini akan diadakan perkahwinan antara…. dan…. Doakan yang terbaik…dan bla bla bla”

#sebenarnya dah tak ingat sangat dah apa isi dia tapi lebih kurang macam tu la.

Lepas je baca mesej tu memang tak tahu nak cakap apa lah. Perasaan aku time tu bercampur baur. Bahagia,sedih,excited and SHOCK!! Semua rasa jadi satu. Lepas tu konsentrasi nak berbincang hilang.

Dari lubuk hati aku cakap,
“dah besar dah kawan-kawan aku.Nak jadi milik orang dah”

Masa malam tu bukak FB tengok-tengok,topic ni jadi isu yang  rancang diperkatakan oleh sahabat-sahabat dekat group. Ini baru perkahwinan cross batch kalau sesama batch yang kahwin mesti lagi gempak.

#tak sabar nak tengok siapalah yang akan menerajui perkahwinan sesama batch.

Setelah mendengar khabar gembira tersebut, fikiran terus teringat akan kalam Allah.

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

Janji Allah tu pasti. Banyak contoh dah nampak jelas. ^.^

Masa dating kisas hari tu sebelum fly ke Mesir. ½ jam kot kena duduk dengar “kursus kahwin”dengan ustazah. Ustazah cakap budak-budak yang nak pergi Mesir selalu kahwin awal.
“mana ada ustazah.”
Ustazah cakap,”selalu yang diam-diam nilah yang kahwin.Jangan saya dapat kad kamu je nanti syiqin”.teeettt!!!
*sepatunya sahabat aku yang nak kahwin nilah yang patut pergi “kursus kahwin” yang dibuat secara tak rasminya itu.

Buat sahabat aku yang akan mendirikan baitul muslim. tahniah diucapkan. Sedih sebab tak dapat berada dengan semua sahabat-sahabat detik bersejarah ni. Tak dapat aku nak merasa nasi minyak sulung.

Buat sahabat-sahabat aku yang lain, tak yah nak jealous sangat lah ye. Seruan kamu semua belum sampai. Jalankan dulu tanggungjawab yang tak tertanggung as a daughter/son and also as a student.

Bak kata murabbi aku,

“Perkahwinan dalam Islam amat indah.  Ia mengajar kita untuk member dan menerima.”

Bagi sahabat-sahabat yang sedang asyik dalam arus percintaan, jom tukar “in relationship” yang Allah tak suka kepada Allah sayang.

Till then

#aku dah nak exam mid-term dah. Doakan ye.
*post terakhir sebelum exam-16hb Januari 2012

^.^







1 comment:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Moga Allah permudahkan.
Memberi kejayaan di dunia dan akhirat.