Wednesday, August 21, 2013

Journey to "THE CITY OF ATATURK"

Dengan namaMU ya Allah, seinfiniti kesyukuran aku lafazkan atas nikmat hidup, iman dan Islam ke atas diriku ini.

Alhamdulillah pada cuti winter yang lepas aku dan 9 sahabat aku diberi kesempatan untuk meneroka bumi Allah iaitu Turkiye. Ramai yang suruh aku update blog ceritakan apa yang ada kat Turki tapi baru sekarang aku dapat update. Maaf atas kelewatan yang amat sangat :( Ramai yang cakap medic student mestilah busy (busy lah sangat). Aku tak busy mana sebenarnya cuma jari jemari kaku. (cewahh!) 

9 sahabat aku yang tersayang

 Turki terbahagi kepada 2 bahagian, Turki Eropah dan Turki Asia. Gaya hidup dan kemodenan 2 tempat ini memang berbeza. Yelah tengok dari nama pun dah berbeza. Aku cerita area Turki Eropah dulu la ye. 
Kat sinilah yang ada Sultan Ahmed Mosque atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque (Istanbul). Masjid ini telah dibina semasa pemerintahan Sultan Ahmed.Masa mula2 sampai kat situ musykil jugak pasal apa panggil masjid biru. Sebab kalau lihat dari luar masjid langsung tak ada satu objek pun yang dapat dikaitkan dengan biru. Tapi setelah kaki melangkah ke dalam masjid dapat dilihat marmar biru indah menghiasi dinding masjid. SubhanaAllah. Reka bentuknya dari zaman Turki Uthmaniyyah. Memang tergamamlah lihat seni binanya.

interior

kanak2 riang luar Blue Mosque

perkarangan Blue Mosque

Tidak jauh dari Blue Mosque ada lagi satu tempat yang sering mendapat kunjungan yang hebat, Hayga Sophia. Pada asalnya Hayga Sophia ni adalah gereja. Setelah kerajaan Islam sampai ke bumi Turki ia telah dijadikan mosque dan sekarang ia merupakan muzium. Reka bentuknya amat unik sebab terdapat seni bina Islam dan juga Kristian Ortodox. 
pandangan luar hayga sophia

antara pameran

interior of hayga sophia

Kami juga sempat pergi ke muzium atau kubur Kamal Ataturk (kubur la kan kalau makam macam terhormat la pulak) Tempat ini terletak di Ankara, ibu negara Turki. Mula-mula aku ingat Istanbul tu ibu negara rupa-rupanya Ankara. Orang Turki menganggap Kamal Ataturk ni sebagai hero sebab telah berjaya membebaskan Turki daripada ancaman (kononnya) Tanyalah mana-mana orang Turki dorang kata dia ni baik and semua yang positif ada lah kat dia ni. Kita sebagai orang Islam pasti akan membenci perbuatan Kamal Ataturk. Kamal Ataturk la yang telah membawa islam sekular ke Turki. Antara perkara yang telah dilakukan oleh Kamal Ataturk ialah menukarkan azan kepada bahasa Turki. Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kamal Ataturk boleh la mencari buku mengenainya di mana-mana kedai buku berhampiran atau tanya saja sama pak cik google. InsyaAllah sangat berlambak di internet. Aku sempat jugak la beli buku mengenai Kamal Ataturk ni kat muzium tu. Memang berbezalah daripada yang sebenar.

perkarangan muzium Kamal Ataturk





kata-kata terakhir Kamal Ataturk kepada rakyatnya

Bagi kaum wanita pula, 2 tempat ni memang menjadi tumpuan la, Grand Bazaar dan Spice Market. Kat sini lah selalu insan-insan yang bernama perempuan ber"shopping" (aku tak tergolong ye. Aku speises yang tak suka shooping. hehehe) Barang-barang kat Spices Market lagi murah kalau nak compare dgn Grand Bazaar. Memang borong habislah. Sampai ada kawan aku beli lagi 1 beg baru sebab nak letak barang. 





kawasan sekitar Grand Bazaar

Inilah antara tempat yang aku dengan sahabat-sahabat aku pergi kat area Turki Eropah. Aku tak ingat syeikh siapa atau ustaz siapa cakap, kalau kita ingin lebih mengenali sahabat kita, kita perlu bermusafir dengan mereka. Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat yang baik-baik. Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi insyaAllah next entry la pulak ye. 

"orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
 (AL-IMRAAN : 191)

 Moga kita menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNYA.

p/s- Aku rindukan Mesir. Sedih je tengok jalan yang selalu aku guna kini berlumuran darah. Moga Mesir kembali aman. Dont forget pray for EGYPT.












Tuesday, November 6, 2012

live WELL or live HELL ? we choose

fuh... fuh... uhukk~uhukk~ *batuk
berhabuk bersawang dah blog aku ni . kesian kau dapat tuan yang 'busy' macam aku ni.

Assalamualaikum buat semua yang mengunjung. Alhamdulillah hari ni aku masih hidup dan dapat lagi meng-update blog ni. Tajuk post aku kali mungkin pernah didengar bagi mereka yang sudah membaca novel "Rooftop Rant" karangan Hlovate. *baru habis baca semalam.




Buku ni dah lama sebenarnya diterbitkan tapi baru sekarang berkesempatan untuk membelinya. *aku beli cetakan yang ke-6 punya. Banyak input yang aku dapat dari cerita ni. Seriously.  Mungkin orang ingat, "ala baca novel, jiwang la tu". Sorry to say buku ni bukan mengenai cintan-cintun pun. Tak rugi pun kalau nak baca even lelaki. *kawan lelaki aku baca je novel tak jiwang pun :p

Phase " live WELL or live HELL?" dalam novel ni totally buat aku berfikir. Banyak maksudnya kalau kita gali betul-betul.

Kalau nak tahu cerita di macam mana carilah novel ni ye. *tak rajin mana pun nak menaip sebenarnya.


"hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi, kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada, kadang-kadang... bilamana "malapetaka" tu datang terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo, rasa dah tak mampu bangkit, rasa macam dah tak mampu hela nafas" -HLOVATE-

sekian wasalam :)

Thursday, June 21, 2012

ujian itu tarbiyah :D

alhamdulillah,sudah lebih kurang 3 paper setengah yang telah selesai ditempuhi. tengah2 exam ni lah banyak benda yang kena tempuh. biasalah tu. nak sesuatu kejayaan tu mestilah kena uji ngan sesuatu dulu.

ujian yang paling seksa masa exam ni ialah DEMAM~ T.T

paper yang perlu ditempuh masa ni ialah physiology written. malam sebelum exam tu tak yah ceritalah badan panas tahap gaban. nak buka buku pun tulisan jadi 2 3 baris. ujian-ujian. udah lah banyak benda yang revise balik..so bagi nak dapatkan kesegaran untuk exam besoknya aku mengambil keputusan untuk terus tidur lepas makan ubat. tapi time ni tak yah ceritalah nak nangis yang amat. yelah dulu kalau demam mak yang jaga, bagi makan ubat, masakkan. T.T

mereka yang saya rindu :D

tetiba teringat satu ayat quran yang bermaksud :

"bagaimana kamu kata kamu orang yang beriman sedangkan kamu belum diuji?"

banyak kali suruh muhasabah diri. harap dengan demam ni sebagai kifarah dosa.

esok pagi lepas solat subuh tgk handset ada mesej dari sorang sahabat yang disayang ! ~sarah ahmad~

jika Allah ingin memberi bantuan kepada hambaNya,maka siapa yang dapat menghalang?  rabunna yusahil go go  cecep :)

lepas baca je, rasa terus semangat. mata dah berair2 dah. terima kasih sahabat :)

pagi tu lepas subuh teruslah mengulang sikit2 mana yang mampu even badan belum kuat mana lagi.

masa dalam dewan exam tu, ya Allah, sejuk yang amat. nasib baiklah aku teringat nak  bawa sarung tangan tebal. time exam tulah kepala rasa sakit,rasa nak muntah. time tu rasa nak letak pen je and berhenti jawab. tetiba handset bergetar *mesej masuk. aku pun bukak la. takpe doktor tak perasan :DD

abah mesej:

salam iqin bagaimana keadaan sekarang?demam lagi ke? makan ubat minum air banyak jangan lupa.

lepas baca je mesej tu,terus rasa sayu. then semangat nak jawab tu kembali.

Alhamdulillah selesai jugak exam tu. even tak lah konfiden 100% dengan jawapan yang aku kasi. tapi syukur sebab dapat jawab dengan lancar :)

ujian tu memang tarbiyah. buat kita jadi lagi kuat, sabar, dan macam2 lagi.

dalam quran pun ada sebut,

"Allah tak akan memberi satu ujian kepada hambanya kalau dia tak mampu"

so keep n moving.

p/s- semoga post kali ni dapat memberi ikhtibar buat kita bersama.

doakan saya untuk exam yang 3 paper setengah seterusnya :))

sekian wasalam

Saturday, May 12, 2012

EXAM FEVER ~!~



Assalamualaikum

Dah lama sangat tak update post baru. Almaklumlah  kami pelajar2 dekat mesir dalam fatrah exam. Jadi banyaklah masa kami dihabiskan di hadapan buku-buku medic yang best dan nipis  J *betul sangat lah tu

Post kali ni nak berkongsi sikit pasal exam.*diri ni tak sehebat mana nak berkongsi cerita

Selalunya lah kan nak dekat2 nak exam ni ramai lah yg di antara kita yg mula rajin bangun qiamulail,buat solat sunat hajat,taubat,tasbih,hifzi dan yang sewaktu dengannya. Fenomena ini selalunya hanya berlaku bila exam dah nak dekat. Tak kata pun benda ni salah, tapi cuba kita pikir balik , bila kita nak sesuatu kejayaan baru kita terhegeh2 nak minta kepada DIA yang mampu dalam memberikan kejayaan kepada kita hambaNYA.  Bila habis exam macam mana pula amalan kita? *tepuk dada tanya iman.untuk diri ni yang menaip juga ye J

Manusia memang jenis meminta2 bila memerlukan pertolongan dan melupakan bila pertolongan telah dihulurkan. Nama pun manusia. Jadi dalam fatrah exam ni  sama2lah  kita berusaha untuk membentuk diri kita supaya istiqamah dalam amalan yang kita lakukan. Jadikan masa nak exam ni sebagai wasilah untuk  kita menjadi hamba yang lebih mengingatiNYA J



Cerita lain pula,*kisah benar

“Kau pernah tak, rasa tak puas hati dengan apa yang kau ada sekarang ni. Yelah aku dah tutup aurat, jaga mualamalat, buat baik ngan orang lain, banyak sedekah tapi still markah rendah. Sedangkan ada orang tu, aurat tak amik kisah, couple sana sini, sakitkan hati orang lain tapi result gempak giler. Nak kata usaha, sama2 usaha gigih. Macam mana tu? Bukankah Allah menjanjikan kejayaan bagi orang beramal soleh? ”

Nau’zubillahi min zalik.  Tu kerja syaitan membisikkan benda2 jahat kat hati kita.
Seorang sahabat aku pernah cakap,
“Kejayaan bukan hanya satu nikmat, ia juga satu ujian”

Bagi orang berpikir seperti situasi di atas, muhasabah diri balik. Mungkin pada saat itu Allah belum lagi memberikan kejayaan kepada kita sebab Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Kalau kita dapat kejayaan pada waktu tu entah2 kita akan jadi  hamba yang lupa nak bersyukur.Mungkin kita jadi  jadi sombong ke,lupa daratan ke, dah tak jaga aurat macam dulu ke,dan benda2 lain yang teruk. Yakinlah bahawa janji Allah tu pasti.




Dan bagi situasi orang yang tak jaga aurat *bukan dengan lain jantina je, sejantina pun.
couple sana sini, sakitkan hati orang di sekeliling dan lain2 yang sewaktu denganNYA.Kita pun kena muhasabah diri jugak. Adakah kejayaan yang Allah kasi tu satu istidraj buat kita? *istidraj=nikmat yang diperolehi supaya kita semakin jauh padaNYA.

Bukan masa exam je kena muhasabah diri.  J J J

Yang paling penting teruskan USAHA>DOA>TAWAKAL
insyaAllah pengakhirannya adalah KEJAYAAN.




Akhir kalam, minta maap atas segala salah silap yang pernah dilakukan.
Mohon doa dari my beloved family and sahabat2 dekat Malaysia,Mesir,Jordan,US,Australia *seluruh pelusuk dunialah

Doakan kejayaan saya dan sahabat2 dalam final exam tak lama je lagi.

Buat ahli beit tercinta,sahabat2  MEG4, Ain Shams Uni, Kasr Ainy,Alexandria Uni,Tanta Uni,Mansoura Uni,JUST, Yarmouk Uni

Bitawfiq wannajah fi imtihan J
Teruskan berusaha hingga ke dakwat yang terakhir
Rabbuna maa’na


p/s-sahabat2 kat mesia dah abeh exam kan? Sooo,kami sangat jeles ngan anda semua

*tak sabauuuuu nak balik Malaysia.