Saturday, December 10, 2011

GOD OF STUDY vs MALAS


Setelah sekian lama saya tak mengupdate blog ni, alhamdulillah hari ni saya diberi kesempatan untuk mengupdate dalam kesejukan.

sejuk...*otw nak pergi kuliah...

Beberapa hari yang lepas,saya amatlah malas nak buat macam-macam.Malas nak study, rasa malas nak pergi kuliah,malas nak update blog
 # even malas,nak tak nak kena buat jugak sebab dah tanggungjawab :) #
dalam lab anat...sempat lagi sebelum doktor masuk...

Selalu je cakap kat diri ni, "macam ni ke bakal doktor muslim akan datang? Malas bukan sifat orang muslim lah.. muhasabah diri... kau bawa harapan mak abah and family... Jangan malukan mereka... kau belajar kat sini guna duit rakyat... rajinlah wahai diri..."

Lepas tu mengadu = bermanjalah pulak kat kak uda tercayang, cakap ngan dia...

saya: uda rasa malaslah,bagi nasihat sikit kat adik uda yang comel ni...
*yg comel tu tambah sendiri ye...
uda: baguslah malas... iqin kan nak duduk mesir tu lama2...
saya: gulp...~ : x

Perkara tu berlanjutan,then time tengah borak ngan sahabat saya yang bernama ONE..

saya: one, kau ada rasa malas tak? entahlah aku rasa malas gila akhir2 ni. Otteekkee!!!= what should I do?*in korean language
sahabat: kau ingat kau sorang je ke? tulah aku pun rasa macam tuh jugak. Memang kena muhasabah diri balik kita ni. 

Then,sambil2 mengisi masa one ni cakap..."cuba kau tengok cerita ni. Mungkin mood study kau leh naik balik kot. Aku agak insaf jugak lah lepas tengok cerita ni masa kat ARMA=Malaysian Hall dulu ..."

Then aku pun tengoklah... THE GOD OF STUDY


Cerita ni pasal kesusahan budak-budak yang kurang bijak yang bersungguh-sungguh nak berjaya lepas sedar betapa pentingnya ILMU dalam kehidupan. 

Sebagaimana dalam hadis rasulullah SAW
"kalau kita nak dunia kita mestilah berilmu,kalau nak kan akhirat hendaklah berilmu, kalau nak kedua-duanya mestilah dengan ILMU"

setelah bermacam2 method yang saya gunakan untuk mengembalikan rasa malas saya tu,Alhamdulillah dapatlah saya mencari Cik RAJIN yang selama ni di sorokkan oleh Cik MALAS...

Dan petang tadi saya telah selesai menjawab assesment anatomy yang pertama...Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan saya..

InsyaAllah hari Isnin saya akan menghadapi assesment physiology pulak dan Sabtu dengan histology.


MOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA PERBUATAN SAYA INI =)

*to mak and abah,iqin rindu lah.... hope ur pray 4 me..
*to my siblings-rindu nak bergosip...hahaha.... totally miss u all...

then let picture talk...
masakan baru yang saya belajar dengan orang kelantan-credit to wawa and one

chek mek...#tak tau ejaan nya betul ke x#

saya rindu donut mak...

selepas wat formative anatomy kat lab komp
#birthday kami sama#

team futsal saya *wakil kaherah ke zagzig

kami pelajar2 kisas SPM'10 berkumpul bersama YDP PIBG dan isteri
di Mohendiseen,Cairo

saya rindu si kecil ni...BOBOI

till then
#saja je mengubat rindu di sini#
Wasalam




4 comments:

izyanzahir said...

CECEP~~~~
;D

D-SIM said...

donut ! #.#

che mek tu ape ? O.o mcm sedap jea~

iqinaiman said...

ye izyan...

d-sim: chek mek tuh makanan org kelate... mmg sedap un....

aliah jalil said...

aku pun tgk god of study klau nk dpt mood blajo....kekeke :P