Saturday, December 10, 2011

GOD OF STUDY vs MALAS


Setelah sekian lama saya tak mengupdate blog ni, alhamdulillah hari ni saya diberi kesempatan untuk mengupdate dalam kesejukan.

sejuk...*otw nak pergi kuliah...

Beberapa hari yang lepas,saya amatlah malas nak buat macam-macam.Malas nak study, rasa malas nak pergi kuliah,malas nak update blog
 # even malas,nak tak nak kena buat jugak sebab dah tanggungjawab :) #
dalam lab anat...sempat lagi sebelum doktor masuk...

Selalu je cakap kat diri ni, "macam ni ke bakal doktor muslim akan datang? Malas bukan sifat orang muslim lah.. muhasabah diri... kau bawa harapan mak abah and family... Jangan malukan mereka... kau belajar kat sini guna duit rakyat... rajinlah wahai diri..."

Lepas tu mengadu = bermanjalah pulak kat kak uda tercayang, cakap ngan dia...

saya: uda rasa malaslah,bagi nasihat sikit kat adik uda yang comel ni...
*yg comel tu tambah sendiri ye...
uda: baguslah malas... iqin kan nak duduk mesir tu lama2...
saya: gulp...~ : x

Perkara tu berlanjutan,then time tengah borak ngan sahabat saya yang bernama ONE..

saya: one, kau ada rasa malas tak? entahlah aku rasa malas gila akhir2 ni. Otteekkee!!!= what should I do?*in korean language
sahabat: kau ingat kau sorang je ke? tulah aku pun rasa macam tuh jugak. Memang kena muhasabah diri balik kita ni. 

Then,sambil2 mengisi masa one ni cakap..."cuba kau tengok cerita ni. Mungkin mood study kau leh naik balik kot. Aku agak insaf jugak lah lepas tengok cerita ni masa kat ARMA=Malaysian Hall dulu ..."

Then aku pun tengoklah... THE GOD OF STUDY


Cerita ni pasal kesusahan budak-budak yang kurang bijak yang bersungguh-sungguh nak berjaya lepas sedar betapa pentingnya ILMU dalam kehidupan. 

Sebagaimana dalam hadis rasulullah SAW
"kalau kita nak dunia kita mestilah berilmu,kalau nak kan akhirat hendaklah berilmu, kalau nak kedua-duanya mestilah dengan ILMU"

setelah bermacam2 method yang saya gunakan untuk mengembalikan rasa malas saya tu,Alhamdulillah dapatlah saya mencari Cik RAJIN yang selama ni di sorokkan oleh Cik MALAS...

Dan petang tadi saya telah selesai menjawab assesment anatomy yang pertama...Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan saya..

InsyaAllah hari Isnin saya akan menghadapi assesment physiology pulak dan Sabtu dengan histology.


MOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA PERBUATAN SAYA INI =)

*to mak and abah,iqin rindu lah.... hope ur pray 4 me..
*to my siblings-rindu nak bergosip...hahaha.... totally miss u all...

then let picture talk...
masakan baru yang saya belajar dengan orang kelantan-credit to wawa and one

chek mek...#tak tau ejaan nya betul ke x#

saya rindu donut mak...

selepas wat formative anatomy kat lab komp
#birthday kami sama#

team futsal saya *wakil kaherah ke zagzig

kami pelajar2 kisas SPM'10 berkumpul bersama YDP PIBG dan isteri
di Mohendiseen,Cairo

saya rindu si kecil ni...BOBOI

till then
#saja je mengubat rindu di sini#
Wasalam




Saturday, October 15, 2011

sebulan di atas debu



Alhamdulillah. Akhirnya ana dapat meng’update’ blog ini yang telah lama kehilangan tuan. And syukur yang tak terhingga juga kerana hari ini genap sebulan ana berada di bumi Mesir. Macam tak percaya je dah sebulan kaki ni berpijak di atas debu Mesir. (15/9-15/10)

Walaupun baru sebulan, banyak benda yang dapat ana perolehi kat sini. Kat sini bukan ada pyramid je ye.


kehebatan Allah memberikan mereka kebolehan membina pyramid-subhana Allah


di bawah terik mentari

Macam yang senior2 cakap, perkataan mesir (*in jawi ) terbentuk dari perkataan: mehnah/musibah,sabar, dan reda.

Mim=mehnah/musibah
Sad=sabar
Ra=reda


Kesahihannya waallahu’allam… tapi berdasarkan pengalaman 1 bulan ni memang terbuktilah perkara2 ni amat perlu sangat diamalkan kat sini




Kadang2 terpikir juga, mak dengan abah ana mesti tak percaya ana berada kat tempat yang macam ni. Sebab keadaan kat sini amatlah sangat berbeza dengan Malaysia. Ramai orang kat KL cakap kat KL adalah kota raya yang sesak,kat sini lagi sesak. Nak kata pemandu kat Malaysia bawa kereta extreme,kat sini lagi extreme. So to all Malaysian,u have to be proud to be Malaysians.



Hidup kat sini tak boleh nak demanding sangat. Sebab kat sini kitalah mak and abah yang menjaga anaknya.

Okaylah kita tukar topic pulak (tentang apa yang best kat sini)

Biasalah manusia kalau ada yang buruk dengan yang baik, mesti yang buruk lagi nampakkan? Itulah manusia. Analah yang berada di kalangannya. ^_^

Nak tahu apa yang best kat sini…
1.    1.   Makanan yang amat sedap. *rindu masakan mak yang lagi sedap.


nilah antara makanan yang menjadi kegilaan kawan2 ana

asian food in egypt-chinese food

nasi mandi namanya



12.       Tanah kat sini pernah dipijak oleh para anbiya and ulama’.
-seriously amat bersyukur dapat menimba ilmu kat bumi Mesir ni.

13.      Tengok orang arab yang teruja kita boleh cakap ammi mesir.

-even tak adalah lancar mana.

14.      Masak sendiri. *even tak adalah sedap mana.

15.      Roti yang pelbagai. *pengemar roti tegar

16.   Bowling *perkara yang selalu ana wat ngan family ujung minggu

bersama ahli beit 

my ahli beit wif akak masulah kami

menunggu giliran ^_^

sme je dengan lane kat Malaysia

ana wif one.

group kami junior ngan senior


77.      Pergi jalan2 dengan group member wif akak2 fasi yang sporting abes
--Alhamdulillah kami dapat group terbaik untuk AHLAN ASU ‘11

my group wif akak2 fasi

di taman al-azhar

serba sikit pemandangan di taman al-azhar




1.      And so on…..

Dengan segala benda yang best and tak best kat atas muka bumi ni, harapnya dapat menjadikan kita seorang manusia yang lebih bersyukur dengan segala yang dikurniakan.

Itu sahaja buat kali ni.
Wallahu’allam (^_^)

















Monday, September 12, 2011

NeW meMbEr

         Alhamdulillah tepat jam 9.05 malam, lahirlah insan baru dalam keluarga aku. Namanya Muhammad Afeef Haiqal. Yang bertambah bersyukur lagi aku dapat melihatnya sebelum berangkat ke bumi kinanah.Aku dah pesan awal-awal kat angah aku suruh dia ajar anak dia panggil aku auntie iqin. kalau tak dorang nak panggil mak andak. tak mau lah. Mana glamour. haaaa....

Dengan kelahiran insan baru ni aku dapat mandikan baby, basuh baju dia n so on. Selagi masa masih ada. Takut-takut nanti balik Malaysia boboi dah tak kenal auntie iqin dia. Oppss,,, lupe nak bagitahu macam-macam gelaran family aku kasi kat haiqal ni. Kalau aku ngan abah panggil haiqal boboi, tapi kalau akak-akak aku yang lain panggil sinchan. Jahatkan?? tapi pipi dia memang montel macam sin chan.

Aku berpeluang jugak beli baju tuk anak sedara sulung aku ni. So boleh la boboi ingat auntie iqin dia.

till then,
Wasalam


Tuesday, September 6, 2011

SpeeChLess.. ThE Only Thing That I caN saId ReceNtLy..

Assalamualaikum and hello everyone..

Memang dah lama tahap tera lah aku tak update blog aku ni. Sampaikan dah di"warning" oleh sahabak kecayangan aku, SITI AMNAH DERAMAN. Bukan tak nak update, tapi kehilangan kata untuk mencoret sesuatu kat blog aku ni. As the title, "SPEECHLES"....

Nak kata speechless, tak delah sangat sebenarnya. Just sejak akhir-akhir ni, otak tak mampu berfikir dengan baik. Yelah tak lama lagi kan aku akan berangkat ke ardu kinanah (Mesir). Macam-macam benda yang ligat berkeliaran kat dalam otak. Pasal family,kawan-kawan yang memang dah lama gilark tak jumpe,hidup baru yang bakal aku tempoh dekat tempat baru and macam-macam lah.

And dekat-dekat nak pergi ni (15hb ni ye tarikh aku akan fly) pulak lah ramai nak wat perlakuan + ayat-ayat touching tahap ingat. Kadang-kadang tuh sebak jugek dibuatnya tapi tahan jelah kan. Nanti orang kata aku cenggeng pulak derr.

Dalam masa 3 bulan (masa preparation) seriously aku amat bahgia ketemu sama teman-teman baru. Banyak benda yang aku belajaq dari dorang. Dengan perangai and ragam yang tak dapat di pasaran lah especially my classmate MEG 04, you're the best. But in the same time, ada jugak yang sedihnye sebab kami (aku,wawa + nadrah) ditempatkan dekat Ain Shams University. Yang lain-lain dekat Cairo University. X kesah pun U mana-mana sebenarnya tapi bilangan kami dekat Ain Shams agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan Cairo. At the same time, Alhamdulillah I know this is the best for me from HIM.

Member-member lain (KISAS+MAAHAD+kawan sekolah rendah) pun ade jugek kasi kata-kata amanat and keramat sebelum nak fly ni. Huwaaa!! kata-kata korang memang superb la sampai boleh menjadikan aku amat sangat sungguh haru and terharu...

My last word,
thanks to all my friends for the support yang tak putus-putus untuk aku. Terima kasih la sebab sudi kawan dengan aku yang tak hapa-hapa and tak berapa nak baik ni. And untuk semua para pendidik yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya, harap halalkan segalanya, tanpa anda semua siapalah saya.

DOAKAN SAYA ...
kalian sentiasa di hati and takkan di lupakan dalam doa...
gonna miss u all~ =(

sekian, salam...